nuffnang ads

Apr 30, 2018

masih hari cuti ke 4

aku masih duduk di kerusi ruang tamu..fatin sedang membuat kerabu ulam raja..fuhh bau dia teringat masa berbuka.

tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk bulan puasa 2018..kali ni tak pastilah berniaga kat kl atau tempat biasa.sebenaqnya..aku lagi suka kat kampung halaman aku..

tak sabaq nak pi bazar ramadhan 2018.terbayang macam macam dah ni selepas bau haruman kerabu ulam raja..aku teringin.ayam percik.kuih seri ayu.kuih ketayap.lopis.kuih abuk abuk.nasi kerabu.nasi ulam.laici kang.cendol.air nyiok...fuhh macam macam aku nak..hehee

perut aku mula pedih.terasa lapaq secara tiba tiba selepas bau haruman kerabu ulam raja yang fatin gaul.uiis nak kena solat dulu lah..nasi pun tak dengaq bunyi suis lagi.tanda masak..

sekian berita tamat

No comments: