nuffnang ads

Mar 9, 2013

dunia fantasi

dalam masa sebulan ke dua bulan nih aku jadi terpengaruh game yang satu nih,nama game tu sims 2 family fun stuff,buat masa lani family aku sangat sangat teruja game nih,memang best sangat kalau dapat cipta sims sendiri ikut zodiak kita dan paling best dapat bina rumah sendiri memang best sangat sangat,mula mula aku letak nama umi hana dan adam haris,pastu jadi kalang kelibut,besa la kali pertama kontrol sims,tak lama pastu aku pun dah naik rimas,aku pun padam sims umi hana dan adam haris,dan terciptalah sims baru nama dia kyoto sakura keto,rumah yang aku pilih dua tingkat dan aku deko deko skit  nampak ala ala rumah cerita dongeng fairy tale di sebelah luar,di dalam pulak nampak macam rumah jepun,tak lama lepas tu aku cipta sims kyoto sakura keto jadi student best jugak dan tak lama pastu bagi dia dok rumah sewa cantik sangat aku deko deko jadi tasik ada pokok besar daun warna kuning di tambah kerusi rehat dan meja wow memang tenang ja tengok suasana yang selesa tu tapi tak lama pastu student kyoto tiba tiba kena pindah ke asrama balik sebab baru semester pertama tak boleh dok asing lagi....ceh macam betoi pulak,dan tak lama pastu aku dah malas nak kontrol sims student kyoto sakura keto dan aku pun padam,pastu aku cipta pulak sims terbaru nama dia mello keto,rumah mello simple ja rumah bawah tapi deko deko skit bagi nampak menarik...hui kalau siapa yang stat main game nih memang akan jadi sangat teruja itu saja yang aku dapat gambarkan,sebenarnya game nih dah lama betoi dah tapi baru lani dapat main.

haku : tahun baru 2013 ni banyak betul hobi cik reez ye,umur pun bertambah tambah kah kah      kah

reez : woi!! diam!!

Feb 8, 2013

cop yang sangat kawaii

pada tiga hari yang lepas.....

abis keja aku terasa lapar dan pastu aku terasa nak pi tesco pulak dan aku pun pi la tesco pastuh pulak bila sampai kan...aku tak tau nak makan apa pulak dah la orang ramai gila...aku pun beli la roti,kek dan kiwi ais..dah setel makan aku pun naik atas dan menuju ke DIY...pilih punya pilih pastu terberkenan satu benda nih yang dah lama aku belek sampai lenguh kaki

benda tu adalah jeng jeng jeng

eh ada kucing pulak kat tepi tu *kucing penjaga cop hehhehheh*

kajian haku : oh nampaknya reezsakura ada hobi baru 

Jan 22, 2013

master ranggo balik la

semalam ranggo lari masuk dalam hutan dan terus tak keluar keluar...aku sedih gila...ranggo balik la sini...kami rindu..rasa rasanya lepas nih mungkin family kami tak akan membela kucing lagi...semuanya di sebabkan masing masing sibuk dan tak sempat nak menjaga depa semua....semoga depa gembira selalu dan selamat dari segala binatang yang lain

Jan 5, 2013

aku tak mau jadi budak spek

dalam masa dua hari nih aku jalan jalan dengan fatin adik aku dan kawan kami pun nama dia kak fatin,kami bertiga p try check mata,aku dah agak aku nih rabun tapi aku tak mengaku,last last dapat tau mata aku rabun teruk aku pun mula lah risau,huh nak kena buat spek mata dah la mahai gila oi! dah la macam macam benda aku nak beli,set pencuci muka,set ubat
kesihatan,bayar bill brodband,bill letrik dan air,nak masuk takaful lagi hadoi macam macam lagi *money will come* doa doa kan yang terbaik

temubual mengejut # hakuredkuman(HRK) reezsakura(RS) #

HRK = assalammualaikum cik reezsakura

RS = waalaikummusalam

HRK = sejak bila cik reez dapat tau cik ni rabun

RS = sebenarnya dah lama perasan tapi tak mengaku sebab tak suka pakai spek mata rimas
gila

HRK = kenapa tak pakai lens saja

RS = lens lagi la rimas

HRK = kalau begitu pakai spek la...boleh tanggal tanggal dan nampak k pop skit hehe

RS = ceh k pop la sangat,kemarin ada jugak tengok spek untuk student,ada satu spek tu design dia cool gak,rasa macam nak oder ja design tu tp mahai gila

HRK = tidak mengapa cik reez nanti bila cik dah jadi jutawan,cik beli la kedai tu terus,boleh la tukar tukar spek setiap hari keh keh keh

RS = haha apa lah,mana la orang macam saya ini dengan secara tiba tiba boleh jadi jutawan,juta masalah ada lah,kenapa temubual ini terlalu formal

HRK = hehe haku saje saje aje

RS = eh haku cakap KL ceh

HRK = hehe haku baru balik dari KL je,haku dapat banyak kajian kat sana,banyak betoi baju murah murah

RS = takpa nanti bila reez jadi jutawan kita p shopping banyak banyak kat KL tau

HRK = bagus bagus




Dec 28, 2012

2012 aku pergi dulu

hari ini seperti biasa....aku lalui hari hari terakhir 2012....malam nih lepak rumah kak fatin mungkin sampai ke pagi kot...tengok maharajalawak mega best jugak...tak banyak benda aku nak taip hari nih sebab aku pening kepala hotak sumi keh keh keh.


kajian haku : malam ini tak banyak perkara yang dapat haku membuat kajian kerana reezsakura didapati tengah atau sedang mencuba menjadi manusia normal.kerana sebelum ini beliau tidak normal *kerja 24jam sehari tapi tak jadi jutawan pun kesian kesian* ok sampai disini saja siaran berita penting k bye bye (^_^)v

Dec 26, 2012

pagi pagi yang boring dan banyak kerja

sepatutnya pagi nih aku kena p maybank sebab nak tukar kad ceri akan tetapi aku sibuk sikit dengan misi 007 aku nih...tengah dok menaip tiba tiba perut aku pulak berbunyi krok krek krok krek...lapaqnya oii...pagi ni bersarapan bubur kacang hijau saja,nak beli makanan lain pun makcik nasi lemak tu tak niaga pulak huh! mungkin isnin nih aku bercuti kot,bercuti...wah best tu mesti boleh baring baring tepi pantai sampai terbakar kulit *tengah menari nari keriangan* huh mana ada nak bercuti macam tu buat masa sekarang nih oit,aku nak bercuti untuk buat kad ceri ja pun dan mungkin lepak sat kat scm sorang sorang *sedih betoi*


kajian haku : kasihan betul dekat beliau sebab selalu lepak sorang sorang,mana pi semua kawan kawan beliau,hoo hari tu beliau ada bagitau kat haku yang kawan kawan beliau semua sibuk dan ada yang dah berkawen dan tak dapat hangout sama,tapi time kawan kawan beliau ada masa nak lepak sekali,beliau pulak yang banyak alasan tak mau jumpa depa semua,kenapa ek? ini satu kemisterian yang melampau di kerajaan karut blog ini...kita mesti siasat beliau, *eh eh selama nih haku kan buat kajian sorang sorang, huh kenapa pulak nak ajak orang lain* rahsia penyiasatan ini tidak dapat di bongkarkan pada sesiapa selain haku sorang ja yang layak *buat muka bangga sambil tangan membuat tabik sepering*  biarlah rahsia...macam kak siti nurhaliza pulak keh keh keh ok hey hey bye bye dan sayang awak yang tengah membaca karut blog ini.

Dec 9, 2012

BERJALAN KAKI 30 MINIT SEHARI PAGI ATAU PETANG




aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
  
  Amalan berjalan kaki laju mempunyai sembilan manfaat iaitu:

BERAT BADAN STABIL

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

MENURUNKAN BERAT BADAN


Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

RISIKO ELAK SERANGAN JANTUNG

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

ANGIN AHMAR ATAU STROK
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

MENCEGAH KENCING MANIS

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

MENCEGAH OSTEOPROSIS

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

MEREDAKAN SAKIT LUTUT

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

TEKANAN

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

KANCER

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

SEMASA BERSENAM

~ pilih kasut dan pakaian khas untuk bersukan 

~ pilih lokasi,padang yang rata 

~ buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

~ Gerakkan lengan ketika berjalan

~ Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

~ Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman