nuffnang ads

Jun 25, 2016

Kelas tambahan

Masa ni aku baru sampai kat bas stop depan gm.aku lepak dulu sebab awai.

3 hari aku dan kawan kawan sekelas aku sibuk dengan exam dan keja kelas.isnin ni dah final exam.tak sangka dah 6bulan berlalu.banyak suka duka walaupun tak segembira mana..tapi boleh laaa..
Yang tak happy tu sebab aku takdak kawan sebaya aku.semua muda termasuk cikgu.
Nak kena tunjuk teladan elok.nak kecoh macam depa tak boleh lah.aku dok sembang lawak lawak pun depa dah macam pelik.
Aku dah nak masuk kelas dulu.harap depa semua pakat ada dalam kelas dah.
Segan plak aku sorang ja baru sampai.
Malas plak nak pi kelas tambahan oi...

Sekian berita tamat

Jun 17, 2016

Bulan terakhir aku kat gm

Masa ni aku dah nak tidoq.hari hujan sejuk.aku pakai 3lai baju..

Tadi bincang dengan mak.mak kata takyah sambung belajaq sewing dah sebab mak nak suruh aku mohon mesin mesin jahit.
Jauh di sudut hati aku.aku nak sangat sambung tapi di sebabkan banyak sebab yang aku rasa tak dapat nak lari.
-Tini takmau sambung tahap 3 kat gm
-stealheart  boutique kena majukan
Nanti kalau tini tak sambung belajaq.aku nak tumpang sapa nak p bas stop.dah la masa mai pun tiap hari lewat.
Dulu mula mula masuk gm.syok ja.dapat gak aku merasa camna perasaan jadi seorang pelajar (pelatih) kat situ.
Terlalu banyak kenangan aku kat situ.suka dan duka.
Tapi tak cukup untuk aku.aku tak puas lagi belajaq banyak hal pasal jahitan.
Sedih nak tinggai gm..cikgu dan kawan kawan.
ada masa lagi aku sambung plak.
Yang pastinya kenangan dengan kawan kawan akan aku kenang sampai bila bila walaupun aku paling tua dari depa.memang tak syok aku tak dak geng sebaya.

Sekian berita tamat

Jun 10, 2016

Bulan posa

Masa ni aku lepak dlm kelas.nak tidoq tak jadi plak.kemarin ngantuk sangat besa lah bulan posa.masa ni rehat tengah hari.

Bulan ni bulan last aku belajaq kat giatmara.tapi kalau lulus exam aku.rasanya memang aku nak sambung belajaq lagi untuk tahap 3.yang aku belajaq la ni tahap 1-2 ja.
Mula tu macam malas belajaq lama lama tapi aku kena rajin gak demi masa depan aku.
Yang jadi malas tu sebab aku kena naik bas 2 biji.letih woo...
Tahun ni aku agak sibuk dengan baju baju raya family aku dan exam.

Sekian berita tamat

May 14, 2016

Si juki

Masa ni malam aku takmau tidoq lagi.esokkan cuti...

8/5/2016 hari ibu..
Blah petang tak ingat plak jam berapa.aku dan mak pi nagoya pacific mall.banyak gila corak kain.sampai aku celaru nak pilih.yang cantik dah mahai sangat.aku nak pilih yang murah sebab kali pertama nak jahit jubah sendiri.mula tu ingat nak pakai habuan raya.tapi bila dah siap rasa macam tak jadi kot.entah la nanti pikiaq lain la.
Masa aku pilih tu aku taktau nak pilih yang mana.last last mak suruh ambik yang 1 meter rm8.sebelum tu aku dah tengok tapi bila tau 1 meter rm8 aku tak jadi.tapi bila mak mai.mak terus suruh aku ambik.kain memang selesa la.dah mahai kan tapi tak la mahai sangat bila pikiaq balik.
Masa dok kat kaunter mak dan aku pun pi bayar.mak pilih jenis kain mak suka.aku pulak pilih kain yang mak pilih untuk aku.
Lepas setel bayar.kami dah nak keluaq dari nagoya.pastu kami terbrenti kat kain pasang.mak berkenan terus mak pilih.aku plak ternampak 1 rak tu tulis 1 meter rm4.apa tunggu lagi.aku pun pilih la.sampai 1 kain tu aku berkenan gila corak dia agak cantik la bagi aku walaupun orang kata corak lama aku tetap ambik sebab murah.dah setel bayar kami teruskan perjalanan ke lunas kedai mesin jahit.
Masa awai nak keluaq tadi masa kat rumah pun singgah bank pastu ternampak dah iklan mesin jahit.
Tapi tak sangka la sampai ja kat kedai tu.niat di hati nak pi survey dulu.tapi entah camna mak bincang pastu dapat murah.dari rm749 jadi rm700 ja.tanpa pikiaq banyak aku pun setuju beli.
Aku teruja tapi mak lagi teruja.
Selama aku pakai si juki ni dapatlah juga aku jahit jubah 1 lai.aku try jahit jubah corak pilihan aku.yang pilihan mak tu kain elok.aku rasa macam nak jahit untuk paah...
Paah taktau langsung yang aku dah beli mesin jahit.harap dia turut teruja.

Sekian berita tamat

May 11, 2016

Dalam perjalanan balik rumah

Masa ni dok tunggu rapid 606...benti penat baru turun bas kulim 107.pastu kena jalan kaki plak mai summit.uii dengan perut dok pedih pasai lapaq semua cukup ni.harap posa nanti boleh tahan.pastu siap kuruih skit badan aku ni heh heh.
harap harini dapat bas awai.tapi bila sampai.takdak pulak dah.aku dah la lapaq ni.nak masuk summit cari air kotak dan kendos ka.takut kena tinggai.mau kalau lagu ni.pekena ais cekerim pun sempat lagi ni.
Tadi depa kata nak pi rombongan giatmara pi pulau pangkor.tapi tadi masa balik aisyah kata tak pasti jadi ka dak pulak dah.
Huh kalau tak jadi.aku kena siapkan baju jubah aku tu lah.bleh buat pakai habuan kenduri.nampak gayanya tak jadi lah baju raya.
Alaa takpa ada masa lagi beli kain lain.aku cari hat 4 ringgit semeter sudah.ada lagi 2 jenis kain aku beli.1 buat blaus.1 lagi kena tanya paah dulu kot dia nak.boleh buat kat dia.aku kena beli kain lain la.
Macam tak caya la aku jait baju sendiri.hehee.terima kasih cikgu shidi dan cikgu su sebab ajaq jait.

Sekian berita tamat.bas pun sampai dah.

Apr 23, 2016

Transit/asrama di bubarkan

Masa ni aku dok ruang tamu depan...

Jumaat kemarin hari terakhir kami dok kat transit pastu kena pindah.
2 hari lepas cikgu su bagitau yang kami ni kena pindah.jumaat last kami boleh dok transit.masa tu aku dan fariha dengaq rasa macam dunia terhenti.
Aku serabut pikiaq pasai camna aku nak mai dengan 2 biji bas.kalau dok rumah sewa aku rimas gak sebab kena bayaq sewa tiap bulan.entah berapa makcik tu letak harga bilik sewa.
Harap semuanya berjalan dengan lancar.aku hanya pikiaq nak mai belajaq ja ni.susah camna pun aku tetap pi juga.

Sekian berita tamat

Apr 10, 2016

Pasal kereta aku

Masa ni aku lepak dalam bilik sambil dok pikiaq pasal milo.rasa macam nak bancuh ja ni...
Malas nak join anak nakan mengai ikan puyu tepi rumah..

Nampaknya hal keta aku nak beli ni macam susah ja.aku rasa lepas abih ja belajaq.aku kena keja kilang untuk dapatkan keta aku sendiri.tapi mesti bila dah keja mesti aku keja lama.
Aku nak repair mesin jait.boleh jait macam macam.boleh jui kat kilang.
Tunggu dan lihat lah camna nanti aku plan lain.
Kena pi sidai kain pulak.

Sekian berita tamat.