nuffnang ads

Feb 7, 2014

siapakah MASTER R

Yey yey yey yey...hoi sila hormat! Ini blog MASTER R * eh siapa master R? Siapa dia siapa dia oiii? Tuan tuan dan puan puan sila relek sebentar dan jangan gelabah dengan tidak tentu hala dan tuju...mulai saat ini pemilik kekal kerajaan karut blog ini yaitu cik reezsakura sendiri akan menukar nama beliau kepada MASTER R...kenapa master R dan bukan master A mahu pun master B? * sebenarnya nama master R tu sempena nama master ranggo..tapi memandang kan aku dah makin tua dah,aku nak tukar lah nama aku jadi master R,singkatan nama reez..alah apa susah.call me R...just R...* nama R tu terjadi masa mula mula aku buat wechat group.aku guna nama R sebab ringkas skit nak taip last last dah jadi kekal pulak orang panggil aku R...aku pun dah tak kisah dah orang nak panggil aku R dah lani.dah macam terbiasa pulak.apa apa pun walau apa pun nama aku tetap orang yang sama..orang yang gila gila remaja hahaha

Oct 27, 2013

master ranggo

Agak agaknya aku belum story lagi pasal kehidupan master ranggo dan aku tak tunjuk lagi muka dia kat haku karut blog nih kan kan....ehhhh betoi ka niii..



Siapa master ranggo ye tuan tuan dan puan puan?

Dia bukan ahli silat....

Dia bukan musuh sapa sapa....

Dia bukan ketua kampung mahu pun samseng kampung...

Master ranggo yang aku tengah membahas ini adalah * ceh macam nak kena sekeh ja budak reezsakura nih kan * master ranggo tu sebenarnya kucing aku lah wey.. Hahahaha

Kucing kesayangan aku nih kami boh banyak nama kat dia dan ini senarai nama dia.kalaupun ada ic untuk dia pasti susah jadinya kan..dah tak cukup ruang alamat rumah untuknya dalam ic.

Nama nama beliau

Master ranggo
Chadut
Dut
Adik
Go

Tabiat pelik beliau.selalu tidoq suka hati time bila pun..tiap pagi beliau gerak aku dari tidoq.beliau akan bunyi meow meow meow sebanyak mungkin di tepi telinga aku sambil tangannya bergerak gerakkan tangannya seolah olah mengurut aku.paling tak boleh di terima akai.beliau akan cuba kiss aku kalau aku tidur mati.mungkin beliau sangkakan aku ni snow white.beliau suka makan berulang ulang dalam masa setengah jam lebih kurang..beliau pulak suka lepak ikut suka hati.. Ok itu saja untuk petang yang sunyi ini..





May 22, 2013

planing raya 2013

amboi aku nih sakan hah oii...posa pun dak lagi nih hehe....tak sat sky (adik kai) tanya aku tahun nih kita nak cat rumah warna apa,aku kata nak cat warna biru lembut tapi sky kata tak cantik dan warna tu nampak pelik skit  ** amboi dah macam ahli pereka hiasan dalaman lah pulak** mak pulak nak cat warna merah separuh mix dengan warna lain yang sesuai...ok gak warna tu,dah macam rumah sims aku lah... setiap dua tahun aku dan sky memang akan menukar cat rumah kami..kadang kadang ahli keluarga kami yang lain tolong jugak...dalam family kami yang sekepala dengan aku adalah sky...banyak perkara kami sependapat hui macam kembaq aku pulak.
-TAMMAT-

plan untuk baju raya pulak mak sembang tadi nak ajak buat baju kurung tapi aku bagitau aku teringin baju jubah,bila mak tanya aku nak warna apa? aku tak pasti lagi mungkin warna koko mix warna emas wow mesti nampak mewah kan..tapi mak ajak buat warna pish...aku terus kata OK  -TAMMAT-

tahun nih aku rasa malas nak buat biskut raya lah...tau sebab apa? sebab biskut raya 2012 pun tak abis lagi nih dok ada lagi dalam lemari dapur rumah kami nih... nak kata tak sedap semuanya sedap,mungkin kami dah boring makan kot agaknya,kalau tak buat biskut raya rasa macam tak raya lah pulak,tak meriah langsung -TAMMAT-

KAJIAN HAKU = uiis sampai 3 entri sekali post

REEZSAKURA = oii budak sibok ja hal orang tua... pi main jauh jauh nuh.... syoh syoh..

HAKU = hik hik hik  

hari ibu yang dah lepas **semuanya kerana satay**

walaupun dah lepas cerita nih tapi aku tetap nak bagitau jugak jugak sebab ini blog aku yang punya....suka hati  **buat muka belagak skit**

petang tu aku dah memang buat plan relek relek di bawah pohon nan rimbun di tengah panas terik bumi malaysia **cis dah macam budak sastera la**

malam dah tiba...hanya aku...mak dan panda (kakina) kami bertiga menaiki kancil ungu lembut menuju ke DIN SCOOT bila sampai kat situ apa yang di oder tak dak pulak menu 1 (satay) ...kami menukar ke plan ke dua iaitu NASI KANDAR PELITA tetapi seperti tadi jugak apa yang di oder tak dak menu 2 (ayam tandori) kami terus menuju ke NASI KANDAR PELITA seterusnya nasib kami agak baik tapiiii....huh ada juga tapi nya ye.ayam tandori ada 1 set saja oii...terpaksa la kami mengoder menu yang lain,set tandori bagi kat mak kesayangan memandangkan hari itu hari ibu...tak dapat lah nak makan satay hari ibu....

TAMMAT




YANG BENAR budak lidi

Apr 28, 2013

tiba tiba line laju

satu hari aku try nak update blog tapi bengang betoi bila aku on berok band ** slow linenya hanya tuhan saja yang tahu** yang mengbengangkan aku lagi....time time mengantuk nih la nak laju tiba tiba pun,mungkin tak ramai yang online kot,malam nih aku buat sedikit kajian tempatan ** hehe macam zaman sekolah pulak ** aku buat kajian tentang sajak yang dah memang betoi betoi lama aku tinggalkan,tadi petang aku ushar ushar blog sapa entah aku lupa tengok nama beliau ** dah tua sedar diri suka terlupa ** kat blog tu ada bagitau pasal jual karya sendiri di majalah,aku pun dah lama berminat nak join sekaki merasa rezeki dari karya sendiri,tadi aku sempat copy paste sajak sajak aku dalam blog aku nih tapi asalnya aku anggap sebagai lirik saja,memandangkan aku tengah merasa jadi penganggur untuk kali yang entah keberapa tah lah,aku pun terpikir pasal nak try join jual karya,sebenarnya aku nak start buka bundle online tapi semuanya memerlukan modal,nampak caranya terpaksa la aku cari partime yang tak memerlukan sebarang modal yaitu hanyalah jual karya aku yang terkubur dalam blog nih bertahun tahun lamanya,mungkin kena edit sikit untuk jadikan sebuah sajak dari karya reezsakura dan tidak di copy pastekan dari sajak orang lain,itu bukan diri aku yang sebenar,perkara yang macam tu amat memalukan bagi aku,insyallah aku akan cuba yang terbaik sikit demi sedikit,tadi jugak sempat aku mengarang cerita,mungkin untuk carpen kot,ada satu karya aku yang belum siap sepenuhnya terhilang pulak (>_<) nak kena buat semula **aduhai** dengan ini sekian berita  #TAMMAT#

Apr 26, 2013

kelas komunikasi bahasa

dulu masa aku kanak kanak...aku penah terpikir pasal bahasa...kenapa semua orang bercakap berbeza beza bunyinya...sebutan pun lain sangat...ada yang aku faham dan ada yang aku langsung tak faham...kenapa manusia kena cakap bahasa berbeza beza...kenapa manusia tak bercakap guna 1 bahasa saja...tu dulu.....bila umur makin berubah aku pun rasa nak belajar semua bahasa kat dunia nih...tapi bila dah makin meningkat umur,bahasa apa pun aku tak belajar...lani aku belajar bahasa english, jepun dan korea...tapi sampai lani tak terer terer lagi hahaha...aku banyak belajar bahasa bila tengok drama memang best...banyak sebutan yang aku faham tapi bila time nak cakap balik aku sendiri pun susah nak sebut..kah kah kah kah

mimpi semalam

semalam aku tido agak lewat...jam 2 pagi...

lani aku dok dalam mimpi....tiba tiba aku dengan orang ramai kena tawan dengan orang sulu di mall tapi aku tak pasti kat mana,nampak macam dalam jusco perda pun ada...tak lama kemudian tentera malaysia dapat tewaskan orang sulu dan kami semua  dibebaskan...yang nak tergelaknya cam mana pulak yuyu zulaikha blogger femes tu kena tangkap sama sama dengan aku sekali...ramah pulak tu dengan aku...pada masa yang sama aku tiba tiba pi bersembang dengan orang sulu *jangan bergaduh... tak sayang negara sendiri ka dan tak rindu ka kat negara sendiri...kenapa mai buat kacau kat malaysia* lebih kurang tu la ayat aku...dah semua dibebaskan aku pun panggil yuyu zulaikha tu tapi dia tengah cakap telefon dan dia buat buat tak tau saja kat aku...tiba tiba kawan dia panggil...eh eh...dia rancak pulak bersembang...sombong pulak budak kecik nih (>_<) nasib la dalam mimpi....hehe ok mimpi TAMMAT

apa la mengarut sungguh mimpi aku nih kan tapi takpa aku happy sebab malaysia dah aman




I   LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE    MALAYSIA    (^_^)v *senyumselalu*