nuffnang ads

Nov 1, 2015

Ke kuala lumpur lagi

La ni aku dalam bas dengan mak dalam perjalanan ke kl.
Kadang rasa bosan dah naik bas.budi bahasa driver bas macam macam macam..macam aku rasa nak sekeh kepala dia.
Aku dan mak dapat seat belakang sekali.pastu aku pun letak la beg atas lantai tepi aku.tiba tiba driver bas mai marah marah tak bagi letak situ.dia suruh aku letak dalam peti bawah bas atau atas kepala.
Bukan aku tak mau letak.masalahnya dah penuh.dah tu plak yang aku letak tepi aku atas lantai pun bukan ada orang lalu sebab aku dok seat belakang sekali.
Aku tak nampak apa yang menganggu di situ.kalau rasa macam beg aku menggangu.bagitau la baik baik.susah sangat ka nak cakap baik baik.mungkin orang tu kena sumpahan kot.bila dia cakap sopan dia akan mati.mungkin kot la..
Aku dan mak rasa sakit hati sangat.bukan naik bas free wey.aku bayar.dalam perjalanan mak online fb.pastu mak tengok tren eletrik kalau naik pi kl hanya 3jam saja.
Ishh kalau kami ada bajet lebih memang kami naik tren eletrik lagi baguih.mahal skit pun tak pa.yang penting sampai cepat.hati tak sakit.dah la nak singgah toilet masa dalam perjalanan pun susah.kalau dah singgah tu depa singgah 10kali plak bila orang tak suruh singgah.
Cis...
Tak pa la mak.pas ni keta naik tren lagi baguih hati pun tak sakit.

Sekian berita tamat

Oct 17, 2015

Rezeki october 2015

Time ni rasa lenguh gila tangan aku sebab 1 hari aku kupas buah amra.

Lebih kurang 2 minggu lepas ema ada berkongsi cerita pasal projek kupas buah amra.aku teringin gak nak buat tapi tak berpeluang lagi nak pi ambik stok.15hb aku pi ambik stok.aku tak berapa sihat.pening kepala sangat nak stat kupas buah.
Jumaat 16/10/2015 baru aku dapat stat keja.syukur sangat la ni aku dah keja walaupun tak seberapa.boleh la buat belanja skit skit.tu pun aku dah bersyukur sangat.
Lepas ni aku dah tak risau sangat pasal duit sebab aku dah ada kerja dari rumah.dah lama sangat sangat aku cari kerja dari rumah.dulu pernah aku ambik upah pasang pen.tak teruk sangat tapi banyak reject kononnya la.padahal pasang pen ja pun.apa yang reject sangat tu aku pun tak pasti.aku belek semua ok ja.aku rasa tokey nak bayar cincai sebab tu dia kata banyak reject.
Lepas dari tu aku dah tak ambik stok pen.seingat aku hanya dapat rm14 lebih macam tu ja kot.sedih gak sebab aku buat betul betul.tak sangka tokey pen bayar skit ja.
Lepas dari tu aku masih dok cari stok barang jenis lain tapi masih tak jumpa jumpa.
Semangat aku masih berkobar kobar cari lagi tanpa putus asa.
Kilang dekat desa murni aku pi cari sampai 2 kali tapi tak di layan.aku bengang sangat.kalau takda stok untuk aku bok balik bagitau ja la jangan dok buat muka bodoh..HA...KAN DAH KENA SEDAS.
Tak sangka 15/10/2015 aku pi dengan aizan rumah ema.kami bincang sat pastu kami pun bok balik stok buah amra.malam tu aku takleh stat lagi sebab aku pening kepala.aku tidoq awai.kesian mak keluar malam tu cari ubat untuk aku dan mai hantar air kat aku.
Terima kasih banyak mak..

Sekian berita tamat

Oct 15, 2015

Hangout layan movie dengan kawan

Kemarin 1 hari aku keluar dengan akma dan amy.kami tengok movie.

Pagi dalam kul 9pagi akma mai ambik aku.kami pi sarapan kat nasi kandar saga permatang pauh.aku dan akma oder roti canai.sementara tunggu amy naik bas dari taiping ke jetty.
Lepas makan.aku dan akma pi survey movie kat pacific dulu.REMBAT tak lama dah nak stat.amy lak tak sampai lagi memang tak sempat la nak tengok.akma belanja aku ice cream mcd sedap woo hehee.pastu amy bagitau dia nak sampai dah.kami dua pun bertolak pi jetty.
Tak lama kami tunggu.amy pun muncul.kami bertiga otw ke sunway carnival mall (scm)
Masa kat scm kami terus pi beli tiket wayang.kami ronda.amy dan akma shoping makanan punya la banyak serupa nak berkelah dalam panggung plak.
Tak lama sangat kami ronda.pastu masuk panggung.kami layan REMBAT syok woo lawak.
Lepas abis movie kami terus pi makan.makanan punya la mahai.sedap tu boleh la.awat la depa masak cincai tah.
Dah selesai makan.teman amy shoping pastu kami pun hantar amy kat jetty.tak lama amy tunggu.bas dia pun sampai.
Sedih masa nak berpisah.walaupun aku tak rapat dengan amy.best sangat hari tu kami happy ja tapi yang tak syok aku hanya ada rm30.
Biasa la aku kan tak keja masa ni.

Sekian berita tamat

Oct 12, 2015

Library kesukaan aku

Waktu ni aku tengah bincang dengan mak pasal mak nak buka warung kuih campur.harap sangat boleh sewa tapak tu.

Sebenarnya aku bosan sangat.rasa macam nak lepak kat lib bm tapi hujan la pulak.
Masa ni aku rindu la dekat library yang selalu aku pi.

LIBRARY SEBERANG JAYA
syok sebab besar dan selesa tapi jauh plak.

LIBRARY JUSCO PERDA
tak selesa sangat sebab kecik tapi syok sebab senang nak pi.tapi la ni dah tukar jadi perda city mall takda lib.

LIBRARY BUKIT MERTAJAM
syok walaupun kecik comel ja sebab macam rumah.pernah pi sekali ja dengan fatin.

LIBRARY KEPALA BATAS
Syok gila sebab besar dan selesa macam lib seberang jaya gak.

LIBRARY BAYAN BARU PENANG
Rasanya lib bayan baru aku pi sekali ja kot.masa dok nega kuih kat penang.lib dia kecik ja tapi selesa jugak.

BUKU BUKU PILIHAN AKU
Kalau dulu masa boleh pinjam buku.
Aku selalu pinjam novel dari red dress ink.tu novel english di ubah bahasa melayu.best gila semua cerita dalam red dress ink.bila masuk lib mesti aku akan cari logo red dress ink.
Selain tu banyak gak novel yang aku suka.kalau novel melayu.aku suka cerita lawak.novel tajuk KITA HANYA DI SEBERANG JALAN..PERAHU KERTAS (suka watak kugy sebab macam aku skit perangai dia)..banyak lagi la yang aku tak ingat tajuk.

Oct 3, 2015

Biodata tuan blog #karatstory

Nama - reez

Umur blogger - 30 tahun

Hobi - menaip.membaca.main game.cycling

Impian - mengembara keliling dunia

Nama blog sebelum ini -
-Seniituindah.blogspot.com
-reezsakura.blogspot.com
-Budaklidi.blogspot.com

Nama blog sekarang - reezmika.blogspot.com

Blog ini banyak mengisahkan seluruh kehidupan beliau reez.pesakit tiroid yang telah menyerang dari tahun blog ini di tubuhkan iaitu tahun 2010.
Banyak yang di ceritakan adalah hanya sisi kehidupan beliau sahaja.mungkin blog ini beliau rasa amat membosankan.beliau cuba menambah sedikit kelainan pada blog beliau dengan mencipta 1 watak penyiasat di beri nama HAKUREDKUMAN sempena nama anak patung beliau.beliau mempunyai 7 adik beradik.beliau mempunyai saudara kembar perempuan yang sekarang tinggal di kuala lumpur sebab berkerja di sana.blog ini tidak langsung popular sebab beliau sendiri tidak terlalu aktif berbloging.beliau hanya suka menaip dan menyimpan cerita hidup beliau di blog ini.blog ini hanya blog biasa..blog ini juga banyak kali telah di ubah suai mengikut emosi beliau.tengok link blog pun sudah tahu yang emosi beliau sedikit tidak stabil sama seperti sakit beliau.
Kepada yang pernah tersesat masuk dalam blog ini.
saya mengucapkan terima kasih dan rasa amat berbesar hati di beri peluang untuk berkongsi sejarah hidup saya.

Sekian berita tamat
REEZMIKA penulis blog

Sep 26, 2015

Ke Perda city mall ke kita

Baru baru ni aku teman fatin cari baju kat perda city mall yang dulu jusco perda..tak semeriah dulu dah.macam bosan ja nak pi.
Hari ni plak akma ajak aku keluar jalan kat perda city mall.plan asal nak tengok wayang la tapi aku takda bajet.
Macam bosan ja pi situ tapi takpa lah pi la survey apa yang patut.sebelum pi akma ada tanya aku nak pi sunway atau perda city.aku sebenarnya nak pi sunway.aku nak survey barang kat playless.tapi malas pi sebab hari minggu mesti meriah sangat kat sunway.
Mau jumpa kawan lama lagi la segan.lain la aku dah keja tak la segan.
Petang dalam jam 2 akma mai ambik aku.kena tunggu tempat haritu macam besa la tepi jalan.
Aku malas sebenarnya.

Sep 23, 2015

Samsung galaxy v plus

Masa ni aku lepak tengok tv sorang sorang.itu dah lumrah zaman IT ni.

Lebih kurang 1 minggu aku beli hp baru SAMSUNG GALAXY V PLUS rm299.buat masa ni aku rasa semuanya ok.hp ni harga bajet.aku rasa ok ja sebab harga tak mahal.

Hp lenovo A850+ aku jual sebab lama lama rasa bosan sebab besaq sangat.aku kan p mana pun dengan rapid.bila usung hp besaq camtu letak dalam beg.rasa penuh separuh beg la plak.dah la beg aku tak besaq mana.pastu kebetulan samsung ada keluar hp kecik.comey dan murah.
Aku suka benda comey comey ni.bila aku survey pasal v plus.aku rasa memang sesuai la dengan bajet aku ni.tak lama pastu akma kawan sekampung aku beli.dia kata ok.tak lama pastu plak aku pun beli.
Buat masa ni semuanya ok.harap bertahan lama hp v plus ni.
Baru baru ni amy kawan sekolah aku memang tengah survey nak beli hp baru harga bajet.
Kebetulan aku dah guna hp v plus.aku pun cadangkan amy guna hp v plus.hari isnin baru ni dia pun beli la v plus.

# tak sabaq nak beli case untuk v plus dan nak gantung keychain untuk dia.mesti makin comey kan dia.hp akma dah ada case baru warna biru tua cantik gak.uiit tapi aku takda nampak plak tempat gantung keychain.puas jugak aku belek si v plus ni

Sekian berita tamat