nuffnang ads

Apr 30, 2018

cuti hari ke 4

masa ni aku baru lepas mandi.hari ni aku masih cuti.esok entah lah..

hari ni hujan lebat.aku terjaga tidoq pukul 7 pagi.aku sediakan baldi kat tempat selalu takut banjir.lepas selesai semua.aku sambung tidoq.aku sangka.aku akan terjaga dalam jam 9 lebih.sebab selalu pun aku terjaga time tu.tapi rupanya.aku terjaga jam dah menunjukkan 11 tengah hari.

aku pantas terbangun dari tilam aku dan terus berkemas kemas.buka pintu dan semua tingkap macam selalu.aku bangun sediakan sarapan yang terlewat.menu nasi goreng sambal hitam dan teh o panas.aku sediakan bahan nak buat nasi goreng tapi fatin nak sangat goreng.aku pun tinggal separuh jalan nasi goreng tu.

aku terus ambik jag kosong yang size serderhana dan terus meletakkan uncang teh ke dalam jag tadi.aku tuang air panas separuh ke dalam jag dan separuh air masak yang dah sejuk.tak lama aku tunggu.air teh o panas aku dah boleh di isi gula.

beberapa minit kemudian.nasi goreng dah siap.aku makan sorang sorang.fatin nak keluaq makan dengan kawan dia.abang dan alif tengok tv di depan.depa nak mandi.selesai makan.aku duduk termenung kat ruang tamu macam selalu.

main handphone.layan youtube.tak lama kemudian orang pun dah azan zohor.fuhh sat ja masa berlalu.abang cuci kain separuh jalan.aku lah yang kena sambung buat keja cuci kain.dua round juga lah aku cuci.

sambil whatsapp dengan amy.sambil rasa bosan.bosan sebab dok rumah sepanjang hari.tanpa melakukan apa apa yang menarik dalam hidup aku hari ni.oleh sebab itu jugak lah aku tak upload vlog kat cannel youtube aku.

azan asar pun dah berkumandang.terdengar sayup sayup dari jauh..ohh terlihat suasana kampung aku yang damai selepas hujan.tiba tiba rasa nak ronda.berhari hari aku dok plan nak cycling tapi langsung tak menjadi.

masa tengah menaip.aku tiba tiba tringat pasal kawan kawan lama.entah apa kabar berita depa.harap depa tengah bahagia di sisi keluarga tersayang.

aku...?
takyah ambik tau lah kisah hidup aku ni.hanya tinggal berapa orang ja kawan aku yang masih berhubung dengan aku.kawan yang lain mungkin depa ada kawan baru..kawan lama patut di buang kot?

hah! aku sunyi...!

sekian berita tamat

No comments: