nuffnang ads

Apr 16, 2018

jom shopping di eco shop

masa ni masih berniaga...

semalam lepas mandi.aku letak nasi dan cedok gulai ayam dalam pinggan.tiba tiba fatin tanya..

fatin : hang nak pi eco dak?

aku : nak nak aku nak pi *nada teruja*

selepas dengar fatin ajak pi eco.aku dengan pantas makan nasi selaju yang boleh..pastu setel makan aku tak tunggu lama untuk menukar pakaian aku.

abang.alif.fatin dan aku menaiki myvi fatin menuju ke eco bagan..setibanya kami kat sana.lega ada paking kosong.aku tak sabar dah nak masuk eco.

setibanya aku depan pintu eco shop.orang ramai seperti biasa..sudah menjadi seperti pesta dah aku tengok depan eco..

tanpa menunggu abang.alif dan fatin..sampai depan pintu.aku mengambil raga biru..aku terus menuju ke bahagian biskut.dengan pantas aku membelek biskut biskut tu semua.mata aku menjadi rambang.kalau boleh semua dalam eco tu aku nakkkkk nakkk nakkk...

satu persatu biskut aku letak dalam raga.sambil mencari depa bertiga.pastu ternampak lah fatin lalu tepi aku..dia kata dia nak cari apa entah.aku x berapa dengar.biasa lah aku kan dalam eco yang seperti pesta tu..

tak lama kemudian nampak lah kelibat abang dan alif.tengah dok memilih mainan.abang dan fatin tunjuk kat aku lori eco..kecil dan comel..rasa macam aku nak ambik 1 untuk aku buat hiasan tapi apa boleh buat.aku takda bilik sendiri.

lebih kurang 1 jam kot kami dalam eco.lepas bayar kami pun balik rumah.setibanya di rumah.kami sekeluarga makan makanan yang di beli di eco shop tadi sambil bersembang pasal eco shop yang sangat banyak berjimat.lepas tu tiba tiba baru aku teringat yang kami tak beli kepala paip.alaa..

petang ni aku terbaca dekat group smkp.kawan kawan aku cerita depa shopping kat eco shop dan izan tunjuk lori eco..macam lori alif ambik semalam..

aku kalau pi eco shop.mesti kiri kanan aku pegang plastic bila keluaq dari eco.banyak sangat barang aku beli dari eco.nanti aku akan buat review barang eco..sebab nak taip panjang panjang kat sini sapa yang nak baca kan..

sekian berita tamat

No comments: