nuffnang ads

Apr 24, 2018

kulit aku terbakar teruk sebab matahari

masa ni baru tutup tv...

taksat aku makan carrot 1 dan tomato 2 biji..baru baru ni aeon big ada sale gila gila.tomato.carrot.apple.bawang semua murah murah.aku dan fatin borong banyak tomato dan carrot.

kononnya nak tonyoh la tomato kat muka.tapi dengan perasaan malas yang menghantui permikiran aku ni.tak jadi lah nak tonyoh tapi aku makan terus..dengan harapan yang tinggi.kulit aku akan sihat dan cantik..

stat aku sambung keja aku sebagai bisnes streetfood kembali.kulit aku memang nampak sangat ketaranya.dekat area muka lah paling ketara.sedangkan aku dah pakai sunblock yang spf 130 paling tinggi tu woi!

tapi tetap kulit aku gelap gempita.ohh tidakkkk...oleh sebab itu.aku terfikir *mungkin setakat ini saja aku bersama brand sunplay*

aku rasa dah tiba masanya aku bertukar ke sunblock biore yang berjaya menambat hati aku tu dengan iklan dia.harap kali ke tiga sunblock aku ni berjaya melindungi kulit aku dari pancaran matahari..
*ohhh aku sangat berharap!*

bab krim plak.aku masih tercari cari yang mana yang aku nak try.tak mau yang harga mahai sangat melebihi bajet aku.aku nak yang harga mampu milik mengikut bajet aku nih.

buat masa la ni.aku try sapu bedak nyonya dulu lah.bedak lagend tu lah.harap sangat berkesan mengurangi kegelapan hidup ini (mengurangkan kesan terbakar di muka) masa aku survey krim pencerah dekat youtube.tiba tiba ternampak princess yanti (PY) buat review pasal krim pencerah fair and lovely.tu krim lagend gak tu..

aku ada terpikir juga nak try produk produk legend ni.mana tau kot berjaya mencerahkan kehidupan aku..(mencerahkan muka) tunggu lah.aku cuti nanti.aku nak kena beli stok penjagaan diri.boleh beli sekali krim pencerah.

sekian berita tamat

No comments: