nuffnang ads

Dec 5, 2018

bulan yang meriah dengan kenduri

masa ni masih lepak lepak kat meja menjahit aku...masih teruja menaip blog yang berbulan tinggal...

bulan ni banyak sangat kenduri..
baru baru ni aku pi beli kain untuk buat tudung tapi lepas balik..pikir punya pikir aku tak jadi buat tudung sebab tak selesa jadi aku ambik keputusan buat kurung kedah tapi hanya baju saja la sebab cukup untuk baju saja..

malam tu aku bertungkus lumus menjahit kurung kedah aku tu.keesokkan harinya aku termangkit lambat.mak gerak aku.terus mangkit dalam keadaan mamai.aku capai kurung kedah dan tudung bawal dan aku iron.selesai tu aku terus mandi dan bersiap siap ke kenduri pertama iaitu kenduri arwah rumah mak kak tah bekas jiran sebelah rumah kami dulu.

setibanya kami kat rumah mak kak tah.kami lepak sat la.sambil usha rumah depa.selesa sangat..andai aku mampu sediakan keselesaan macam tu dekat mak...dan keluarga aku..

beberapa minit kemudian budak tahfiz mai.kami pun berpindah tempat lepak di rumah mazliza dan mahani.aku tak rapat dengan depa cuma sekadar bertegur sapa saja bila terjumpa.kat situ aku terjumpa fatin anak kak tah.kami bersembang lama..fatin pun nak kawin tak lama lagi dia teruja jemput aku pi kenduri dia.setibanya waktu makan.menu yang aku pilih adalah karipap..sirap..nasi berlaukkan ayam masak merah.aku makan ala kadar tapi kenyang serupa makan dua pinggan nasi..mungkin perut aku semakin boleh terima nasi satu senduk kot selepas aku mengamalkan diet.selesai makan dengan kalut aku sambung baki mee kuah mak.kami kena cepat sebab ada order kuih kat kenduri satu lagi.kenduri mak kak tah cuma order pulut sri muka satu saja tapi kenduri adik juli kawin order tiga talam..pulut sri muka.talam gula merah dan talam pandan.

setibanya kami di rumah.sebelum sampai ke pintu rumah.aku nampak meriah skit kampung aku dah rasa macam hari raya sebab nampak orang berbaju kurung pi kenduri.rumah mak su yah dan paksu leman buat kenduri akad nikah zakiah.cuma saudara mara saja..

beberapa minit saja kami dah sampai ke rumah kenduri kawin adik juli.meriah sangat orang ramai.kuih kami sat ja clear.yang tu tak heran sangat..

yang aku rasa lawak sekali.kurung kedah aku sama dengan ahli keluarga kenduri.segan tu ada la skit tapi aku buat bodo ja lah kan.tak pernah aku sama macam tu bila pi rumah kenduri haha lawak..

kenduri wani satu hari sebelum kenduri adik juli pun takdak sama dengan orang.kenduri wani aku pakai baju lama saja.jubah biru nila dan tudung bawal bunga kecil.kenduri wani masakkan yang sedap sangat..

minggu depan pun ada kenduri..ada kurung kedah yang belum siap..

sekian berita tamat

No comments: