nuffnang ads

Dec 18, 2018

kisah hari ini

masa ni aku lepak kat ruang tamu...

pagi ni aku bersiap siap nak pi bsn..beli benang..cari kain net kat kamdar..cari losyen pelangsingan..
aku bersiap awal tapi tengah hari baru bertolak sebab tunggu handphone aku cas...

lama juga aku tunggu rapid..rasanya macam sejam dua aku berdiri tunggu rapid.tak lama kemudian.rapid pun sampai.aku masuk di dalam perut rapid..

setibanya aku di summit mall bukit mertajam.aku turun dari rapid.terus menuju ke destinasi pertama iaitu bsn..masa dalam perjalanan sebelum sampai bsn.aku ternampak lori ayza park dekat tepi jalan depan bomba.terus aku ambik gambar dan selepas selesai semua keja aku..baru hantar dekat ina dan maziah sahabat aku...terlalu banyak kenangan kami bertiga lepak dalam lori ayza..

setibanya aku di bsn..aku tak bawa buku bsn pulakkkkk cek oii!! tapi takpa lah.aku check duit bsn dan maybank.syukur boleh gak bok keluaq skit.tapi esok aku keluaq mai bsn lagi.

selesai bab bsn.aku terus menuju ke destinasi seterusnya..beli benang.selesai beli benang.aku lintas jalan masuk kamdar.ikutkan hati kalau ada duit.aku nak beli banyak banyak kain.tapi apa boleh buat duit tak ramai lagi..insyallah tak lama lagi ramai la..

destinasi seterusnya..dalam 15 minit kemudian.aku pi beautra.nak cari losyen perlangsing tapi takdak yang berkenan.aku pi kamdar semula.tunggu kot kot kakina nak order kain net.dah kakina takmau aku pun teruskan ke destinasi seterusnya..gerai makanan dekat pekan sebelah mara.orang ramai tak dak tempat aku nak duduk.berapa minit kemudian aku terpandang 1 kerusi kosong.nampak sorang laki berbaju kemeja dok pegang kerusi tu.aku dah terpikir nak dok situ dah sebenaqnya.masa tu aku dok beratur nak order cendol pulut.lepas order.aku pi dekat gerai air.tunggu beberapa minit aku order kopi ais.lepas tu terus duduk kat kerusi yang laki berbaju kemeja tadi dok pegang tu...heheehe nasib lah..

tak lama kemudian.laki berbaju kemeja tu muncul dan duduk depan aku sebab situ ja kosong.elok dia duduk tak lama kemudian.orang meja sebelah pun bangun..aku nampak cara dia macam segan.dia nampak macam nak ubah tempat duduk tapi tak jadi..hahaa

tengah layan cendol pulut.pakcik sebelah panggil dia suruh tengok kucing dok tidoq bawah meja makan.duduk cara tergantung dekat tempat letak kaki.aku pun tengok juga dan tergelak.laki tu pun tengok.tak perasan la dia gelak dak.

setengah jam kemudian.aku dah abiskan menu tengah hari aku..aku bayar dan teruskan perjalanan ke mall summit.setibanya kat mall.masuk cari barut untuk anaqi tapi takdak size besaq plak dah.aku pun turun tunggu bas rapid.tak lama sangat aku tunggu.rapid sampai aku pun naik..

setibanya di rumah..aku pun rehat beberapa minit..mandi..solat dan menaip blog..

sekian berita tamat

No comments: