nuffnang ads

Dec 10, 2018

hujan lagi

masa ni aku dok makan biskut meri cicah milo panas.mak keluar pi bank.fatin keluar beli barang.abang tidoq dengan alif dalam bilik ala ikea depa.kak ina tidoq dengan anaqi dalam bilik mak...

hujan lebat pun dah benti.aku rasa sunyi la.sebulan aku tak niaga.rasa macam nak pi keja kilang jahit machang bubok pun ada gak ni.aduii malasnya nak mulakan balik kehidupan lama aku dulu.zaman keja kilang dah berlalu..aku tak sekuat dulu...nak sama macam dulu memang tak mungkin lah..

aku nak melayan milo dan biskut meri lagi best wei..

sekian berita tamat

sangat rumit

masa ni aku dok lepak dekat ruang tamu.tunggu kenduri kak na jiran kami satgi.nak makan bihun sup..

entah dari mana aku nak mulakan cerita ini..rumit sangat kehidupan keluarga aku.lepas 1 hal 1 hal yang datang.dugaan bertimpa timpa..

aku penat sepenat penatnya.masalah yang datang sampai aku terdiam tanpa berkata kata..

ohh tuhan tabahkan hati ini..
kuatkan iman di dada..
sungguh aku penat..

sekian berita tamat

memadam segala memori yang bosan

aku baru lepas edit blog...

sehari dua ni..banyak entri aku padam.aku terpaksa buat macam tu sebab rasa macam tak sesuai dan agak bosan kisah tertentu.biaqlah kisah tu semua hanya ada dalam angan aku..

ok itu saja sekian berita tamat

Dec 9, 2018

jiwa tiada berirama

masa ni hanya tuhan yang tahu
hatiku keluh kesahku
jiwa tidak tenteram
pelbagai dugaan datang

kilat guruh berdentum dentam
keluahan dalam kesunyian
sepi pilu tiada berlagu
otakku jiwaku keliru

ampuni dosa dosa lamaku
semangat aku dah hilang
kuatkan jiwaku ya tuhan
aku serahkan segalanya padamu

Dec 6, 2018

aktiviti hari ini

masa ni aku lepak kat meja menjahit aku...baru lepas mop lantai sebab banjir yang seperti tak dak penghujungnya..lepas mop banjir balik..

macam biasa bila dah menganggur kembali.tidoq lewat.kadang mangkit awai kadang mangkit lewat.

banyak hari plan nak joging pagi tapi bila pagi aku jadi malas..time petang dah hujan plak.kadang tu tak hujan tapi ada ja hal nak kena settle.

harap esok ada masa untuk aku berjoging.semenjak ketiadaan tirod aku ni..badan aku naik senang..nak turun balik susah..huh! timbang asyik dok angka 50 tu ja la..

malam ni aku nak layan game show runningman tapi nampaknya keja mop lantai macam takdak penghujung..banjir tak teruk pun tapi entah kenapa air tak surut surut..hemmm

sekian berita tamat

Dec 5, 2018

bulan yang meriah dengan kenduri

masa ni masih lepak lepak kat meja menjahit aku...masih teruja menaip blog yang berbulan tinggal...

bulan ni banyak sangat kenduri..
baru baru ni aku pi beli kain untuk buat tudung tapi lepas balik..pikir punya pikir aku tak jadi buat tudung sebab tak selesa jadi aku ambik keputusan buat kurung kedah tapi hanya baju saja la sebab cukup untuk baju saja..

malam tu aku bertungkus lumus menjahit kurung kedah aku tu.keesokkan harinya aku termangkit lambat.mak gerak aku.terus mangkit dalam keadaan mamai.aku capai kurung kedah dan tudung bawal dan aku iron.selesai tu aku terus mandi dan bersiap siap ke kenduri pertama iaitu kenduri arwah rumah mak kak tah bekas jiran sebelah rumah kami dulu.

setibanya kami kat rumah mak kak tah.kami lepak sat la.sambil usha rumah depa.selesa sangat..andai aku mampu sediakan keselesaan macam tu dekat mak...dan keluarga aku..

beberapa minit kemudian budak tahfiz mai.kami pun berpindah tempat lepak di rumah mazliza dan mahani.aku tak rapat dengan depa cuma sekadar bertegur sapa saja bila terjumpa.kat situ aku terjumpa fatin anak kak tah.kami bersembang lama..fatin pun nak kawin tak lama lagi dia teruja jemput aku pi kenduri dia.setibanya waktu makan.menu yang aku pilih adalah karipap..sirap..nasi berlaukkan ayam masak merah.aku makan ala kadar tapi kenyang serupa makan dua pinggan nasi..mungkin perut aku semakin boleh terima nasi satu senduk kot selepas aku mengamalkan diet.selesai makan dengan kalut aku sambung baki mee kuah mak.kami kena cepat sebab ada order kuih kat kenduri satu lagi.kenduri mak kak tah cuma order pulut sri muka satu saja tapi kenduri adik juli kawin order tiga talam..pulut sri muka.talam gula merah dan talam pandan.

setibanya kami di rumah.sebelum sampai ke pintu rumah.aku nampak meriah skit kampung aku dah rasa macam hari raya sebab nampak orang berbaju kurung pi kenduri.rumah mak su yah dan paksu leman buat kenduri akad nikah zakiah.cuma saudara mara saja..

beberapa minit saja kami dah sampai ke rumah kenduri kawin adik juli.meriah sangat orang ramai.kuih kami sat ja clear.yang tu tak heran sangat..

yang aku rasa lawak sekali.kurung kedah aku sama dengan ahli keluarga kenduri.segan tu ada la skit tapi aku buat bodo ja lah kan.tak pernah aku sama macam tu bila pi rumah kenduri haha lawak..

kenduri wani satu hari sebelum kenduri adik juli pun takdak sama dengan orang.kenduri wani aku pakai baju lama saja.jubah biru nila dan tudung bawal bunga kecil.kenduri wani masakkan yang sedap sangat..

minggu depan pun ada kenduri..ada kurung kedah yang belum siap..

sekian berita tamat

lama tak berupdate blog

masa ni aku lepak lepak kat meja jahit aku.baru lepas kemas kini segala macam gambar dan video dalam laptop..

malam ni rasa sebak tiba tiba...mungkin sebab baru lepas tengok gambar lama..terkenang segala kenangan yang mengusik jiwa aku..aku sedar yang aku jauhhh sangat dari kejayaan sebagai manusia normal..takpa aku ok...aku ok..(tiru ayat slash rock bro)

lamanya rasa tak online blog aku ni.lega bila dapat tukar handphone huawei.harap sangat tak tukar yang lain dah.syok sebab dapat online blog..rasa puas lepas rindu menaip..

bila masuk blog teringat pasal novel aku yang tertunda,entah bila dapat siap?

sekian berita tamat