nuffnang ads

Sep 3, 2019

dunia video #karatstory

masa ni aku baru lepas cuci pinggan mangkuk kat sinki dan perangat masakkan abang..yang lain dalam bilik masing masing dengan hal depa.fatin keluaq dengan kaklinda pekerja mak..

sehari dua ni.aku banyak luangkan masa dengan merakam video dari tiktok dan instagram.hobi merakam ni memang dari dulu lagi aku suka dan tak pernah bosan..aku suka sangat merakam.lepas aku rakam.aku rasa puas hati..senang hati..gembira sangat.perasaan tu macam perasaan menaip kat blog ni..tak kesah lah sapa nak baca atau tak.macam tu juga video yang aku buat.tak kesah sapa nak tengok atau tak.tapi kalau ada like/comment/share..tu semua bagi semangat untuk aku teruskan minat aku dalam dunia video ni..
aku memang takkan pernah rasa bosan sebab aku suka video dari gambar.sebab video suasana yang bergerak..gambar hanya nampak kaku..aku tak berapa suka la sangat..
boleh di katakan banyak sangat video yang aku pernah rakam.sampai family aku tak sangka aku rakam suasana sebelum bina benkel tepi rumah..masa tu semua masih muda..mak suka tengok semua suka tengok..time tu aku rasa lagi semangat nak buat video buat video dan buatttt videoooo..
biaq lah apa comment orang nak perlemahkan semangat aku pun..aku tetap akan buat.nak letak dalam hard dics macam tak cukup dah.banyak sangat video.
aku terpaksa upload dalam akaun youtube/facebook/Instagram/tiktok..
nak beli banyak banyak hard dics mana la aku mampu.dalam handphone pun dah banyak sangat video dan gambar tak tersimpan..tapi tak semua aku letak public.yang sesuai aku baru letak public.
dah lama sangat aku tunggu camera yang aku order dekat kai.sampai tahun 2019 masih takdak camera lagi...huhhh..

DRONE
aku sebenaqnya teringin sangat drone tapi tak mampu lagi nak beli..camera pun dah lari bajet..
*time dok menaip cerita ni lah adik aku fatin kalut nak try warna kuku aku..time tu juga lah ada orang teruja dengan video alien aku tu.ada la 2-3 orang DM aku..hehee thanks sebab sokong aku buat video..insyallah akan ada banyak lagi video yang menghappykan semua orang..

sekian berita tamat

Sep 1, 2019

tiba tiba ada yang ingat kat aku #karatstory

masa ni aku lepak dekat ruang tamu rumah...sambil termenung kenang nasib diri..

kelmarin masa dalam perjalanan ke tokun untuk COD barang kawan aku.tiba tiba aku dapat 1 mesej whatsapp dari adik kawan lama yang bertahun menghilang..
dia jemput mai kenduri kahwin dia..aku rasa ni kenduri dia yang ke dua..hemm camtu lah noh.kenapa kenduri pertama tak ingat pun nak jemput aku.kali ni boleh pulak..tiba tiba ja noh..
tengok lah camna keadaan.aku nak sangat pi tapi bukan dalam keadaan aku macam ni...dah la sakit..menganggur pulak tu..
aku malu sangat hanya tuhan yang tahu.takdak sapa yang akan faham.kecuali orang yang lalui sama macam keadaan aku.
kalau pi mesti kawan aku tu akan gelak kat aku kan sebab aku takdak langsung perubahan..semakin teruk..
entah lah..aku dalam delima.nak pi kenduri aku segan.tak pi kenduri nanti menyesal..pi ka dak tetap menyesal..entah lah nak cakap macam mana..

sekian berita tamat

Aug 25, 2019

uptown bandar perda dan pasar tani #karatstory

masa ni aku baring baring tak tidoq lagi.kembaq aku pun sama..time ni hujan..
sepatutnya kami masuk tapak uptown perda tapi hujan kami tak jadi pi

*uptown bandar perda*
2 hari lepas.aku dan kembaq aku nak mula cari port baru untuk bisnes car boot sale kami.port pertama kami nak pi park depan restoran ikan bakar yang tak jauh dari kedai handphone apple monkey.kedai kai sebab rasa tak sesuai..tempat ke dua dekat char koey teow pun sama juga tak sesuai..ya lah nanti asap depa masak lekat dekat tudung.rosak la wei..nasib baik abang bagitau kami..

aku terpikir nak ajak kembaq aku pi uptown bandar perda terus.kami menuju tanpa pikir panjang.setibanya kami dekat uptown perda.kami round cari port yang kosong.memandangkan hari khamis memang tak ramai orang masuk tapak.kami round cari tapak kosong.ada la 3 tempat kosong tu tapi last sekali kami park tempat pertama kami nampak.
dalam berapa jam lebih kurang setengah jam kot.ada pembeli.syukur lah walaupun dapat skit.tu aku anggap semangat dah..
nak di bandingkan dengan percubaan kami dekat 2 tempat yang tak ok tu.banyak la beza dia.
esok tu kami pi terlewat.takdak lah tapak kosong.kami pun balik dengan hati yang kecewa.

*pasar tani permatang pauh*
esok pagi pagi lagi.kami bersiap ke pasar tani permatang pauh.2 round kami pusing cari parking keta.last sekali ada la 1 tapak parking dan niaga.tapi nak buat camna..sale tak jalan juga...

esok ni kami plan nak pi 1 butik ni.kami nak bincang dengan dia pasal nak borong jual pakaian butik dekat dia..aku amat berharap dia terima semua barang butik yang ada..

sekian berita tamat

Aug 21, 2019

teman mak ke fisioterapi #karatstory

masa ni aku tengah berdiri tak jauh dari pintu fisio.aku tengok kerusi tepi laluan tu dah tak kena pantulan cahaya matahari.akupun mai duduk tapi tak lama tu panas balik tapi aku dah lenguh kaki nak berdiri.aku pun duduk juga lah..

*car boot sale
dalam bulan ni.aku dan kembar aku tiba tiba buat keputusan mengejut untuk tukar perniagaan.dari street food ke car boot sale.keputusan sebelum ni kami baru plan sebab nak clearkan barang butik.cuma baru saja tapi tak sangka dalam masa yang cepat kami dah mulakan bisnes CBS tu..
semua berjalan dengan lancar walaupun sale memang kurang.semangat ja lebih tapi badan aku dah penat.tapi aku terpaksa teruskan..
tempat pertama kami try dekat i city kulim.tempat tu best juga.tempat lepak. tapi kami cuma pi 2 malam saja sebab takdak sale langsung.tempat tu tak sesuai kecuali kalau jual makanan dan minuman saja..
hari pertama pi pun sebab COD baju kawan sekampung..syukur..
tempat kedua plak dekat pacific mall.sama ja keadaan.sale takdak.kami dua orang mula lemah semangat tapi kami terus bersabar.pagi pagi lagi aku bangun tidoq.terus update dekat fb.aku promote pakaian..
syukur ada juga sambutan kawan sekolah.hari yang sama sebelah petang kami menuju ke rumah kawan aku yang tak jauh dari kampung aku.syok sangat..4 lai juga la depa borong..
hari seterusnya kami buat keputusan tak mau join CBS i city tu dah.
aku cuba cari CBS lain tapi semuanya bagi keputusan yang KECEWA...

*tawaran rumah kos rendah
dalam saat genting ni.time ni lah peluang datang tiba tiba aku dapat tawaran rumah kos rendah.aku ada la skit buat saving dekat asb mak.bukan apa.takmau simpan dalam asb aku sebab senang ja nak perabis.dah tersimpan 1ribu sebab nak sewa kedai pastu tak jadi.aku nak la buat saving untuk beli van.hemm entah la camna lepas ni plan aku tu..redha..

sekian berita tamat

Jul 24, 2019

cuti tiba tiba

masa ni petang.aku lepak kat ruang tamu sambil minum milo panas campur nestum..

pagi tadi sepatutnya aku niaga dengan kembaq aku tapi tiba tiba aku pening kepala.kembaq aku suruh aku dok rumah dan rehat.kesian dia nega sorang sorang ja..hemm..

selepas aku iron tudung.sedia air minum dan air cuci tangan.aku masuk bilik dan tidoq balik sampai lah dalam jam hampir 1 petang..aku mangkit dan mandi.lepas tu makan donut dan air kopi o dah sejuk..selesai semuanya aku sambung tidoq balik sebab pening kepala masih terasa..

petang jam lebih kurang 3 lebih..aku mangkit mandi dan minum milo panas campur nestum dan tengah dok menaip entri ni aku pi dapur usha makanan apa yang ada..takdak selera.pastu lalu kot meja makan dan ternampak biskut raya masih berbaki..aku pun ambik biskut raya Y dan biskut susu...lega dah tak pening kepala lagi...esok cuti..banyak hal kena settle..esok kena guna banyak tenaga..

ini lah kisah aku pada petang ini...
cuaca cantik..teduh berangin sepoi sepoi...

bila tengok link blog.rasa macam nak tukaq lagi nama blog.tapi hemm tah la..

sekian berita tamat

Jul 17, 2019

yey esok cuti yey

masa ni aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang...
kembaq aku pi repair keta..

esok kami cuti.kemungkinan 2 hari.banyak hal kena settle..

sebelah pagi aku dan kembaq aku kena pi klinik kubang semang.aku kena ambil darah si tiroid..pastu aku nak check gigi sekali.dah alang alang kat situ.
kembaq aku kena ambil surat fisio tangan dia tu..dia pi lah sorang kat hospital bukit mertajam.aku malas nak teman dia sebab mesti lama kena masuk fisio..jemu dah tengok suasana hospital..

settle pasal darah dan gigi..harap bleh la sarapan pagi dekat warung yang aku pi haritu.tak jauh dari klinik..hat sebelah klinik tu memanjang tutup ja..harap masih sempat la nak sarapan dekat warung tu..
tak pasti lagi.aku nak naik keta dengan kembaq aku atau basikal sebab aku nak balik sendiri.tengok la camna plan yang ok..

esok tu pulak.aku kena pi settle hal umobile pulak.nak beli barang skit.pastu nak pi rumah anaqi.main dengan dia dan ambil barang butik.

sekian berita tamat

Jun 22, 2019

kawan yang tak patut wujud #karatstory

masa ni aku lepak dalam mydin...kembaq aku dok nega luaq mydin..satgi aku ganti dia la..ada krisis skit..malas la aku nak share kat sini..

baru ni kawan aku yang sorang tu dia minta pinjam lagi duit..fuhh hebat..dia nampak duit aku saja noh.yang aku ni sakit bukan dia tak tau.cuba aku bagitau dia aku menganggur dulu.dia hilang membisu..ni tiba tiba muncul bila aku dah niaga semula.eh eh tiba tiba pulak duit gaji tak dapat..fuhh cantik plan dia noh.macam aku ni bodoh sangat la tu.

heran la dia kenai aku lama dah tapi masih tak kenai aku macam mana.nasib hang la wei.mampos la aku nak tolong hang..keja macam aku juga.jenuh la asyik tolong hang saja.ingat aku takdak life ka wei...asyik kena settle masalah hang saja..

haa itu lah di namakan KAWAN..

sekian berita tamat