nuffnang ads

Jun 19, 2017

tak lama dah nak raya

masa ni aku dan mak lepak dalam keta tunggu kai pi setel ssm dia.pas setel semua hal kai.kena hantar dia balik apple monkey (kedai repair handphone kai)
*syukur adik aku dah berjaya ada bisnes sendiri.semoga sentiasa maju*

lega bila dah pi maybank keluaqkan duit asb.biaq lah berhabis untuk raya.pasni aku kumpul balik.
lepas hantar kai.aku dan mak nak pi kilang kacang mak mandin.
macam macam aku nak beli untuk jamuan raya.
aku plan nak beli
- biskut dahan rapuh (biskut batang buruk sebenaqnya)
- biskut mazola
- biskut coklat
- biskut coklat bersalut aising putar *entah apa nama aku hentam ja*
- rempeyek
- mungkin dalam 2 jenis lagi taktau la biskut apa yang syok

itu saja
sekian berita tamat

Jun 17, 2017

reezmika panic di eco

masa ni aku dan kakina layan movie om shanti om.
mak plak berkemas rumah tak abis abis.siang tadi aku dah tolong apa yang termampu dah.9 hari lagi ja posa.

petang tadi aku ikut kakina pi tutup gerai kuih dia.aku ikut sebab kakina nak pi eco.
panic sat la kami berdua kat situ.
orang kalut berbuka kami kalut shopping.
macam macam gak la aku beli.
semua rm27++ berbaloi sangat.
kalau pi eco mesti nak beli macam macam tapi bajet tak cukup la pulak.
banyak barang aku suka kat eco ada benda comel comel.

senarai barang aku beli
- sikat bulat ada cermin.mesra travel
- getah rambut comel ada 5pcs
- snickers
- pocky cookies&cream
- yogi chocolate almonds cream
- biskut bulat perisa susu.baru try sedap gak
- biskut ciki.dari tepung pulut
- ice cream mashmello
- biskut bulat cream gula.ni biskut legend
- corn stick bbq

sekian berita tamat

Jun 5, 2017

mf mart japan bundle

masa ni aku lepak kat ruang tamu dengan mak dan kakina sambil tengok tv.

kemarin dan sebelum tu aku dan mak pi mf mart bundle dari jepun.memang tempat utama yang kami sekeluarga selalu akan pi shopping.
dulu sebelum kenal erti bundle.kami sekeluarga jarang beli sebab kebanyakkan barangan bundle tak berapa elok dan bersih * mungkin aku sorang ja pikiaq camtu kot *
tapi bila mf mart muncul baru lah kami semua happy sangat dapat beli bermacam macam barangan.semua barang masih elok dan bersih.tak macam sesetengah bundle.macam tak jaga kebersihan.siap berdebu lagi.
tapi mf mart tak sama macam bundle bundle lain.bundle ni terjaga rapi.stuff depa akan susun ikut bahagian.senang nak pilih barang.sekali tengok macam kedai barangan baru tapi hakikatnya semua barangan terpakai tapi masih berkualiti.
banyak yang depa jual selain pakaian dan barangan mainan.perabot..barang hiasan..pingan mangkuk..gelas..barangan eletrik pun jual.
oo berbalik pada tajuk asal.aku pernah shoping macam macam barang kat situ.terutama sekali mak.macam macam mak shoping.perabot dan barang eletrik paling banyak.karbinet dapur.meja makan.periuk tudung kaca.jag air.segala cadar.selimut.langsir pun mak beli.
tapi aku beli baju saja.ada t shirt.jaket hoodie.anak patung.
kebanyakkan barangan semua unik dan comel comel.
buat masa ni aku teruja beli jaket.semua kawaii.memang teruja bila pilih.rasa macam nak ambik semua.
buat masa ni dah 3 lai jaket aku dah kumpul.yang dah lama aku cari jaket hoodie warna coklat.last sekali jumpa juga walaupun bukan coklat pekat.
nanti aku nak beli lagi t shirt kat situ hehee semuanya kawaii...
tapi paling aku tak dapat lupa dan agak menyesal tak beli 3 benda dalam plastic.macam cermin compact tapi tak pasti la sebab tak boleh buka.
dah la benda tu legend.
maksud aku legend sebab benda tu berkaitan dengan sailormoon.cermin compact yang dia guna tiap kali nak selamatkan orang tu la.
masa tu bajet tak cukup.kalau cukup dah lama aku rembat.

sekian berita tamat

May 27, 2017

ramadhan pertama 2017

masa ni aku lepak kat ruang tamu.tunggu nak solat zohor.

esok 28/5/2017 umur aku dan kembar aku dah masuk 32 tahun.kembar aku tak balik rumah pun.
aku rindu sangat kat dia.
aku harap sangat kali ni dia balik dok di kampung terus.boleh keja sama sama.
kami boleh rapat macam masa zaman kanak kanak dulu.
semoga hati dia berubah...

dah la aku nak pi solat.pastu cuci kain alas kaki.pastu nak bahagi pakaian nak derma kat orang miskin.
hari posa pertama.terbayang macam macam menu.
buat taktau ja malas nak layan perasaan ni oi.

sekian berita tamat

Apr 3, 2017

cara seorang ayah jaga anaknya

https://youtu.be/L6OHfDIGyiM

Mar 11, 2017

kenduri kahwin

masa ni aku lepak dengan kakina kat depan..
mak lepak dalam bilik..
abang tengok berita..

hari ni aku mak dan kakina pi kenduri rumah cik esah.anak dia kawin.
makanan kenduri semua sedap sedap.paling aku suka asaq asam tapi yang tu mak kata kerabu bukan ayaq asam.
tah la yang aku tau yang tu paling aku suka.selain tu ada menu.samah daging.gulai ayam.gulai ikan masin.acar buah.
menu lain.air oren.air anggur.teh tarik fuh sedap.bubur kacang.tapai.pulut kacau.agar agar sirap.
fuhh kenyang..

dalam banyak banyak kenduri.aku suka menu kenduri kawin kakina dulu.pastu menu kenduri abang ok la juga.menu kenduri siti adik angkat aku pun sedap.gulai batang pisang.
tapi..
paling aku tak bleh lupa menu kenduri adik suhada hitam (nama gelaran di kampung aku)
kenduri adik dia punya lah sedap.rasanya katering gotong royong kampung aku kot.tapi sayang sebab aku makan skit ja.
ruginya..kalau dapat ulang balik hari tu.aku nak sangat makan sepuas hati aku.
aku makan skit ja sebab ada 2 kenduri.nanti nak makan kenduri 1 lagi dah tak bleh telan pulak lagi la rugi.
tiap kali kenduri.aku suka kenduri dalam kampung sebab selalunya menu depa puas hati.
kalau dalam dewan menu bleh tahan ja..siap sakit perut lagi tu.

sekian berita tamat

Feb 27, 2017

ice cream vanila

memandangkan masa ni aku makan ais krim vanila.
aku nak cerita kisah aku masuk wad dan ada apa kaitan dengan ais krim vanila ni.

3/11/2016
tarikh ni aku kena check in wad sebab 4/11 aku dah kena bedah buang total tyroid aku ni.
pagi pagi lagi mak hantar aku masuk wad sementara kata nurse lah.tapi aku tengok.sampai ke petang aku dok situ.dah lah bosan pastu siap dapat uniform wad jenis kain pulak.rimas lah.
aku pun tak cakap lah nak seluaq.
ingatkan macam wad bukit mertajam.
depa bagi seluaq.
sepanjang hari tu banyak plak doktor mai temuramah aku.siasat itu ini.
naik rimas plak aku.
malam tu paah teman aku.kesian paah kembaq aku tu.
tengah malam masa aku syok syok tidoq.mai plak nurse masuk wad aku.dia mai cucuk jarum untuk masuk air.
rimas lah aku tapi kena tahan demi tyroid.

ke esokkan hari
4/11/2016
pagi pagi lagi nurse dok kalut bagi uniform biru gelap untuk bedah kat aku.aku pun salin lah baju tu.
mula tu depa kata nak bedah blah pagi tapi tunggu sampai lepas solat jumaat baru bedah aku.
masa otw masuk wad bedah.aku sebenaqnya takut.
tapi aku buat relaks ja lah.sebenaqnya dalam hati ni hanya tuhan yang tau bertapa risaunya aku.
tapi lepas aku bedah rasa lega sangat.
wad aku plak bertukaq tukaq untuk nurse senang nak pantau.
masa aku dah stabil.aku kena pindah wad biasa.
masa tu aku dah dapat makan macam biasa dah.pastu yang peliknya dalam banyak banyak orang.
aku sorang ja yang dapat ais krim vanila.
aku sangka memang menu hari tu macam tu.rupanya bukan.
semua orang tengok aku.muka depa macam jeles ja hehee sebab dalam ramai ramai.aku sorang ja dapat ais krim.
aku tengok orang lain semua tua.aku paling muda tapi takkan sebab tu aku dapat ais krim.
kalau kanak kanak lain lah kan.
ke esokkan hari pun menu aku mesti ada ais krim vanila.
bila nurse jerit jerit happy tengok ais krim aku tu..nurse tu semua kata..wahh ais krim...
masa tu aku dah tau dah.tu ais krim aku.
hehee
bila aku terdengaq doktor sembang pasal aku kena makan ais krim vanila untuk kebaikkan lepas bedah tyroid aku ni.baru aku faham kenapa aku sorang yang dapat ais krim tapi bukan orang lain.
hampir seminggu aku dok wad.mula tu bosan tapi bila dapat kawan boleh sembang aku tak bosan dah.
ida.tini.yati.anis pun mai tengok aku.
tak lah sunyi sangat.
tapi bila dapat balik dok rumah.rasa lega lah skit.

lebih kurang 3 bulan kot aku berpantang.sambil makan ais krim vanila.tiap kali makan mesti terkenang kenangan dok dalam wad.
ada kawan 1 wad dengan aku tu.dah meninggal.
moga roh mereka tenang di sana.

sekian berita tamat