nuffnang ads

Sep 1, 2019

tiba tiba ada yang ingat kat aku #karatstory

masa ni aku lepak dekat ruang tamu rumah...sambil termenung kenang nasib diri..

kelmarin masa dalam perjalanan ke tokun untuk COD barang kawan aku.tiba tiba aku dapat 1 mesej whatsapp dari adik kawan lama yang bertahun menghilang..
dia jemput mai kenduri kahwin dia..aku rasa ni kenduri dia yang ke dua..hemm camtu lah noh.kenapa kenduri pertama tak ingat pun nak jemput aku.kali ni boleh pulak..tiba tiba ja noh..
tengok lah camna keadaan.aku nak sangat pi tapi bukan dalam keadaan aku macam ni...dah la sakit..menganggur pulak tu..
aku malu sangat hanya tuhan yang tahu.takdak sapa yang akan faham.kecuali orang yang lalui sama macam keadaan aku.
kalau pi mesti kawan aku tu akan gelak kat aku kan sebab aku takdak langsung perubahan..semakin teruk..
entah lah..aku dalam delima.nak pi kenduri aku segan.tak pi kenduri nanti menyesal..pi ka dak tetap menyesal..entah lah nak cakap macam mana..

sekian berita tamat

Aug 25, 2019

uptown bandar perda dan pasar tani #karatstory

masa ni aku baring baring tak tidoq lagi.kembaq aku pun sama..time ni hujan..
sepatutnya kami masuk tapak uptown perda tapi hujan kami tak jadi pi

*uptown bandar perda*
2 hari lepas.aku dan kembaq aku nak mula cari port baru untuk bisnes car boot sale kami.port pertama kami nak pi park depan restoran ikan bakar yang tak jauh dari kedai handphone apple monkey.kedai kai sebab rasa tak sesuai..tempat ke dua dekat char koey teow pun sama juga tak sesuai..ya lah nanti asap depa masak lekat dekat tudung.rosak la wei..nasib baik abang bagitau kami..

aku terpikir nak ajak kembaq aku pi uptown bandar perda terus.kami menuju tanpa pikir panjang.setibanya kami dekat uptown perda.kami round cari port yang kosong.memandangkan hari khamis memang tak ramai orang masuk tapak.kami round cari tapak kosong.ada la 3 tempat kosong tu tapi last sekali kami park tempat pertama kami nampak.
dalam berapa jam lebih kurang setengah jam kot.ada pembeli.syukur lah walaupun dapat skit.tu aku anggap semangat dah..
nak di bandingkan dengan percubaan kami dekat 2 tempat yang tak ok tu.banyak la beza dia.
esok tu kami pi terlewat.takdak lah tapak kosong.kami pun balik dengan hati yang kecewa.

*pasar tani permatang pauh*
esok pagi pagi lagi.kami bersiap ke pasar tani permatang pauh.2 round kami pusing cari parking keta.last sekali ada la 1 tapak parking dan niaga.tapi nak buat camna..sale tak jalan juga...

esok ni kami plan nak pi 1 butik ni.kami nak bincang dengan dia pasal nak borong jual pakaian butik dekat dia..aku amat berharap dia terima semua barang butik yang ada..

sekian berita tamat

Aug 21, 2019

teman mak ke fisioterapi #karatstory

masa ni aku tengah berdiri tak jauh dari pintu fisio.aku tengok kerusi tepi laluan tu dah tak kena pantulan cahaya matahari.akupun mai duduk tapi tak lama tu panas balik tapi aku dah lenguh kaki nak berdiri.aku pun duduk juga lah..

*car boot sale
dalam bulan ni.aku dan kembar aku tiba tiba buat keputusan mengejut untuk tukar perniagaan.dari street food ke car boot sale.keputusan sebelum ni kami baru plan sebab nak clearkan barang butik.cuma baru saja tapi tak sangka dalam masa yang cepat kami dah mulakan bisnes CBS tu..
semua berjalan dengan lancar walaupun sale memang kurang.semangat ja lebih tapi badan aku dah penat.tapi aku terpaksa teruskan..
tempat pertama kami try dekat i city kulim.tempat tu best juga.tempat lepak. tapi kami cuma pi 2 malam saja sebab takdak sale langsung.tempat tu tak sesuai kecuali kalau jual makanan dan minuman saja..
hari pertama pi pun sebab COD baju kawan sekampung..syukur..
tempat kedua plak dekat pacific mall.sama ja keadaan.sale takdak.kami dua orang mula lemah semangat tapi kami terus bersabar.pagi pagi lagi aku bangun tidoq.terus update dekat fb.aku promote pakaian..
syukur ada juga sambutan kawan sekolah.hari yang sama sebelah petang kami menuju ke rumah kawan aku yang tak jauh dari kampung aku.syok sangat..4 lai juga la depa borong..
hari seterusnya kami buat keputusan tak mau join CBS i city tu dah.
aku cuba cari CBS lain tapi semuanya bagi keputusan yang KECEWA...

*tawaran rumah kos rendah
dalam saat genting ni.time ni lah peluang datang tiba tiba aku dapat tawaran rumah kos rendah.aku ada la skit buat saving dekat asb mak.bukan apa.takmau simpan dalam asb aku sebab senang ja nak perabis.dah tersimpan 1ribu sebab nak sewa kedai pastu tak jadi.aku nak la buat saving untuk beli van.hemm entah la camna lepas ni plan aku tu..redha..

sekian berita tamat

Jul 24, 2019

cuti tiba tiba

masa ni petang.aku lepak kat ruang tamu sambil minum milo panas campur nestum..

pagi tadi sepatutnya aku niaga dengan kembaq aku tapi tiba tiba aku pening kepala.kembaq aku suruh aku dok rumah dan rehat.kesian dia nega sorang sorang ja..hemm..

selepas aku iron tudung.sedia air minum dan air cuci tangan.aku masuk bilik dan tidoq balik sampai lah dalam jam hampir 1 petang..aku mangkit dan mandi.lepas tu makan donut dan air kopi o dah sejuk..selesai semuanya aku sambung tidoq balik sebab pening kepala masih terasa..

petang jam lebih kurang 3 lebih..aku mangkit mandi dan minum milo panas campur nestum dan tengah dok menaip entri ni aku pi dapur usha makanan apa yang ada..takdak selera.pastu lalu kot meja makan dan ternampak biskut raya masih berbaki..aku pun ambik biskut raya Y dan biskut susu...lega dah tak pening kepala lagi...esok cuti..banyak hal kena settle..esok kena guna banyak tenaga..

ini lah kisah aku pada petang ini...
cuaca cantik..teduh berangin sepoi sepoi...

bila tengok link blog.rasa macam nak tukaq lagi nama blog.tapi hemm tah la..

sekian berita tamat

Jul 17, 2019

yey esok cuti yey

masa ni aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang...
kembaq aku pi repair keta..

esok kami cuti.kemungkinan 2 hari.banyak hal kena settle..

sebelah pagi aku dan kembaq aku kena pi klinik kubang semang.aku kena ambil darah si tiroid..pastu aku nak check gigi sekali.dah alang alang kat situ.
kembaq aku kena ambil surat fisio tangan dia tu..dia pi lah sorang kat hospital bukit mertajam.aku malas nak teman dia sebab mesti lama kena masuk fisio..jemu dah tengok suasana hospital..

settle pasal darah dan gigi..harap bleh la sarapan pagi dekat warung yang aku pi haritu.tak jauh dari klinik..hat sebelah klinik tu memanjang tutup ja..harap masih sempat la nak sarapan dekat warung tu..
tak pasti lagi.aku nak naik keta dengan kembaq aku atau basikal sebab aku nak balik sendiri.tengok la camna plan yang ok..

esok tu pulak.aku kena pi settle hal umobile pulak.nak beli barang skit.pastu nak pi rumah anaqi.main dengan dia dan ambil barang butik.

sekian berita tamat

Jun 22, 2019

kawan yang tak patut wujud #karatstory

masa ni aku lepak dalam mydin...kembaq aku dok nega luaq mydin..satgi aku ganti dia la..ada krisis skit..malas la aku nak share kat sini..

baru ni kawan aku yang sorang tu dia minta pinjam lagi duit..fuhh hebat..dia nampak duit aku saja noh.yang aku ni sakit bukan dia tak tau.cuba aku bagitau dia aku menganggur dulu.dia hilang membisu..ni tiba tiba muncul bila aku dah niaga semula.eh eh tiba tiba pulak duit gaji tak dapat..fuhh cantik plan dia noh.macam aku ni bodoh sangat la tu.

heran la dia kenai aku lama dah tapi masih tak kenai aku macam mana.nasib hang la wei.mampos la aku nak tolong hang..keja macam aku juga.jenuh la asyik tolong hang saja.ingat aku takdak life ka wei...asyik kena settle masalah hang saja..

haa itu lah di namakan KAWAN..

sekian berita tamat

Mar 6, 2019

suhu panas extreme serang malaysia

masa ni aku baru sudah mandi kali ke dua sebab terlalu panas kat luaq nuh...
minum air pun banyak...

- karat story -

kelmarin aku keluar time tu tengah hari dalam 11 lebih kot..cuaca bukan nak kata apa lah..punya lah panas..tapi aku tetap bertahan di tepi jalan untuk tunggu rapid 606 nak ke pekan penanti..aku rasa sejam dua juga aku tunggu.naik kebas kaki aku berdiri..

setibanya bas rapid 606..fuhh lega..masuk dalam bas.macam biasa lah.memang warga asing semuanya..tapi tak ramai.aku dapat tempat duduk.seperti biasa aku pilih duduk sebelah tingkap yang berhampiran dengan pintu..

setibanya aku di pekan penanti aku menekan loceng..lega rasanya driver bas benti betoi betoi depan pintu pagar pejabat pos..macam dia tau ja aku nak pi situ..panas terik macam biasa..silau mata...setibanya aku dalam pejabat pos..terus di sapa oleh kawan sekolah menengah iaitu ros ema..kami sembang dalam beberapa saat.aku pun isi borang keluar..ros ema dah nak balik selepas settle urusan dia..dia sembang dengan aku dalam beberapa minit dan siap selfie dengan aku lagi..

settle urusan aku..aku terus menuju ke salon rambut dengan harapan salon buka.lega salon buka tapi yang tak leganya..macam biasa lah kan.bila kita suruh gunting siap tunjuk contoh..dia gunting tak sama langsung dengan contoh tu..hemm kecewa..dan teruskan perjalanan ke bas stop tepi balai polis penanti..sebelum sampai ke bas stop.singgah sembang dengan pakcik repair kasut depan kedai chen (warung mee terbang) kedai tu belum buka lagi.aku pun teruskan perjalanan ke bas stop.. * hemm ingatkan nak pekena pasemboq dan teh tarik lah *

sampai dekat bas stop.aku duduk sambil mengadap kedai runcit mamak yang dah tutup bertahun tahun...(ada aku tunjuk dalam vlog aku) kedai runcit mamak tu dulu lah kami selalu beli macam macam makanan ringan dan anak patung kertas..

berapa minit kemudian.bas pun muncul..bas yang muncul tu bukan bas rapid tapi bas lama yang takdak acon..rindunya nak naik bas tu.last naik masa belajaq dekat giatmara machang bubok 2016

hemm tambang pun rm1 ja..sayang sekali masa dalam bas tak buat vlog sebab kecewa dengan rakaman camera handphone yang terlalu banyak gegaran..

setibanya dekat depan the store lama.aku pun turun dan menuju ke kedai ceria99 dengan harapan dapat jumpa kasut kat situ tapi yang ada hanya kasut sandal.kalau aku dah keja memang nak sangat beli sandal baru tapi keinginan tu aku terpaksa pendam dulu lah..

keluar dari ceria99 dengan cuaca panas yang extreme dan dahaga..aku berdiri betoi betoi depan kfc lama yang dah tukaq jadi store barang runcit kot kalau tak silap aku la..aku pun malas nak usha sebab cuaca panas terik.aku berdiri tepi jalan dok pikir bab kasut..tiba tiba ternampak kedai pakaian baby.aku lintas dan beli la 1 lai untuk anaqi...settle..

keluar dari kedai.aku terus menuju kedai kasut tepi maybank lama.aku pilih tak lama.terus tanpa pikir panjang aku ambik juga kasut hitam ada corak skit.yang kelabu tak jadi ambik.masa dok try kasut kelabu tu aku ternampak kasut hitam bercorak skit.aku try kasut tu terus aku berkenan..settle..

aku teruskan perjalanan ke summit econsave mall.setibanya kat dalam tu.aku simpan bag aku dekat kaunter simpanan.aku masuk dan pilih baju tidoq anaqi dalam berapa minit.aku turun tingkat bawah balik.aku beli makanan untuk aku lapit perut..settle..aku makan sambil tengok t shirt dok gantung.berkenan dan aku pi tanya dan terus beli.bila dah beli rasa menyesal pun ada sebab rm15 dengan t shirt yang biasa ja cuma tulis tokyo dan apa entah la..balik tu aku tak belek pun..hemm lahai..perasaan teringin itu ini pun jadi satu masalah bagi aku sebab aku tak keja lagi..hidup kena berjimat yang extreme serupa panas yang extreme menyerang malaysia la ni..settle..

aku tunggu bas rapid 606.dalam lebih kurang setengah jam..aku naik bas..dalam perjalanan tu macam biasa lah.akan lalu kot kampung aku...rindu..

sampai kat kampung kota aku turun bas.jalan dalam cuaca panas extreme..kepala aku mula terasa pening bahang..badan apa tah lagi.setibanya aku dalam rumah.nampak kakina baru sudah mandikan anaqi..aku cuci kaki dan duduk bersila dekat port tepi sofa unggu.fuuhh lega skit.kakina buka kipas...

sekian berita tamat