nuffnang ads

Aug 9, 2018

segalanya aku cuba teruskan

masa ni aku masih mencari rezeki sebening di tepi longkang tapi tempat baru.tempat lama kena halau dengan mppp..

agak lama aku rasa tak masuk blog.kadang rajin plak aku baca entri yang lepas lepas.tapi dalam beberapa bulan ni.agak sibuk dengan karenah dunia.terus lupa pasal blog

perniagaan gerai kuih aku dan mak agak tergendala seketika kerana mppp halau kami tak bagi menjaja di situ lagi.sedangkan ruang tu tak ganggu sesiapa pun.sedangkan cina jual babi seberang jalan kami pun depa tak halau. "hairan plak" takpa lah depa berjawab lah di "sana" nanti.

ni minggu ke dua aku dan mak menjaja di tempat baru.buat masa ni semuanya berjalan lancar.aku harap sempat lah ada bisnes lain sebelum benti ni.

memang aku pernah terpikir nak ada bisnes sendiri.cuma aku tak serius sebab keadaan tak mengizinkan..tapi bila jadi kes asyik kena halau dengan mppp (majlis pembandaran pulau pinang) kepala otak aku asyik pikir bisnis lain.

harap semuanya berjalan dengan lancar.

sekian berita tamat

No comments: