nuffnang ads

May 5, 2018

syukur dapat sample percuma lagi

masa ni baru lepas tutup tv dan bangun dari kusyen kegemaranku..

hari ni berlalu seperti biasa..cuaca panas..tiba waktu petang kami pulang dengan rasa letih yang tak sudah..

sampai rumah.lepas aku sudah bersiap mandi.aku jalan menuju keluar dari bilik mak dan tiba tiba aku tertengok ada barang atas meja makeup family aku.mula tu aku hanya tengok album kawan fatin hadiah.pastu mata aku beralih ke sebelahnya pulak.

syoknya masa tu..sample yang aku minta dah sampai.aku dapat 2 sampul surat dan 3 sample barang.mula tu aku sangka sampul surat tu juga sample.rupanya tak.sampul tu surat surat dari bank.

aku hanya dapat 3 sample percuma.1 sample susu wildan 2 sample libresse.susu wildan aku bagi dekat mak.dapat 3 uncang.perisa susu asli.susu coklat dan mama premium perisa buah kurma dan buat berry kalau tak silap aku la.mak try mak kata rasa sedap macam susu kambing yang kami selalu minum tu.

pad libresse aku buka.aku dapat 6 pad 2 pantiliner.voucer juga aku dapat rm3.aku bagi adik aku fatin.

banyak juga sample yang aku minta.harap semuanya dapat.tak sabar nak tunggu stok sample yang lain.sebelum tu aku dapat sample susu juga tapi yang tu untuk alif.

sekian berita tamat

May 4, 2018

rimas dengan muka yang sunburn

masih hari yang sama aku keja..

2 hari aku selsema.hari ni dah ok.hidung plak rasa gatai sangat.rasa rimas semakin teruk dengan muka sunburn aku ni.dah la whitehead tak pernahnya nak hilang..aduii laa..stress

macam macam pencuci muka dan scrub dah aku tukaq.tapi tetap macam tak berubah.semakin teruk.aku ni siap sapu sunblock spf 130 lagi tu.entah apa silap aku.mungkin silap memilih sunblock ka atau pencuci muka ka?

semak kepala dok pikir.bertukaq banyak sangat dah pencuci muka.naik rimas dah ni.tiap hari makan tomato.tips kulit cantik makan tomato pun aku dah try.tapi sama ja aku tengok.tak berubah apa apa pun.

huh penat!

sekian berita tamat

kisah hari ini

aku seperti biasa..aktiviti setiap hari..berkerja..

masa ni perut aku terasa pedih dan tu tandanya aku sedang lapaq.hari ni badan aku rasa kurang selesa.besa lah dah 2 hari cuaca agak panas.badan aku terasa amat lemah di tiup haba.

hari ni aku bawa bekal nasi kenduri yang semalam adik aku bok balik tapi aku dan mak tak sempat nak makan.

esok aku last keja.ohh cuti lagi.asyik cuti ja ni.ahh biaq lah.janji aku boleh enjoy makan nasi kenduri.ada 2 kenduri..1 kenduri kahwin yon adik wiyah.jiran dan juga kawan aku semasa aku kecil.

kenduri seterusnya.kenduri menyambut bulan ramadhan.rumah kawan fatin dan kak dia juga sebaya aku.

tak sabaq nak tengok menu menu kenduri ke dua dua tu.hehee.aku ni suka juga makan.kadang takdak selera sangat tapi kalau makan free ni memang aku suka.rasa macam syurga makanan lah kononnya.

harap sangat hari ni dapat balik awal..

sekian berita tamat

May 3, 2018

hujan yang tidak aman damai

masa ni lepas masak nasi.lepak kat kusyen kegemaranku..minum green tea sambil menaip cerita kat entri..

siang berlalu seperti biasa dan hanya biasa biasa saja..cuaca panas..!
malam ini hujan...ohh tidakkkk!!

orang lain suka tapi aku tak suka.sebab tiap kali hujan rumah aku pasti banjir.lebih lebih lagi hujan yang lebat macam malam ni.kalau berlarutan macam ni.ohh aku cukup risau..

sebenaqnya tadi sebelum hujan.aku syok syok layan drama kat tv.sambil minum green tea.makan tomato.makan keropok roda dan keropok pedas.tapi tiba tiba angin kuat sehingga membuatkan aku berdiri dan terus menutup tv dan seterusnya menutup pintu.

ohh tidak! hujan semakin rancak di luar rumah semasa aku tengah menaip entri ni.harap sangat hujan ni akan berhenti.

sambil menaip entri ni.aku tengah menunggu nasi kenduri rumah kawan adik aku.adik aku nak bok balik tapi apa kan daya.hujan lebat sehingga berat kakinya untuk melangkah ke kereta...lebat sangat adik aku kata..

entah apa agaknya masakkan nasi kenduri..aku tak sabaq nak makan..

sekian berita tamat

panas yang berpanjangan

masa ni aku berniaga

panas...
setiap hari panas..cuaca yang membuatkan aku terpikir untuk duduk di rumah dan buat bisnes online.

ohh sungguh aku tak tahan lagi nak kerja macam ni setiap hari.tak larat sangat nak hadap cuaca panas yang berpanjangan.

kepala aku turut pening sudah 2 hari.stress takyah cakap lah.nak cari duit tetap lah kena keja jugak.lagi bertambah stress bila tengok muka aku burn teruk.tempek pi lah banyak mana krim kat muka ni.sapu sunblock 130epf pun takyah cakap lah.semua seperti tidak membantu apa apa langsung.

pagi ni aku tengok ada email.aku pun buka email aku tu.tiba tiba ada orang cakap tahniah..aku heran dan blur sekejap..sekejap ja lah sebab aku dah agak.email ni mungkin dari orang orang yang nak post sample sample yang pernah aku order bulan bulan lepas.

eh tapi..bila aku tengok nama penghantar email tu.aku rasa aku tak kenal pun sapa dia.pastu siap cakap aku terpilih sebagai pemenang giveaway.lepas tau pasal product tu.aku terus google.

ohh baru aku ingat.ada pernah saja saja isi borang untuk product tu.dalam email tu ada bagitau barang aku akan sampai 4jun nanti.tak sabaq nak try product tu.ni kali pertama aku dapat giveaway..perasaan aku jadi seperti aku dapat duit 1 juta plak dah hehehe.

yang aku jadi semakin suka sebab takyah bank in duit pos macam setengah product.rasa macam aku beli plak product depa.sedangkan depa tulis sample percuma.tapi takpa lah.dah aku teringin try product depa.aku bayar juga lah untuk pos.

jadi..
aku akan tunggu 4jun nanti.aku akan update entri untuk giveaway apa yang aku dapat tu ok..aku berharap sangat product kali ni dapat membantu macam macam masalah kulit dan kesihatan aku ni.

sekian berita tamat

May 2, 2018

hari pertama kerja selepas cuti 5 hari

masa ni lepas bersiap siap...aku duduk termenung di kusyen kegemaranku..

selama aku cuti 5 hari.macam macam juga yang kami buat.2 hari aku dan mak pi bundle.beli suplement..

hari seterusnya banyak dok di rumah.mak banyak berkemas rumah.abang alif dan fatin pi kenduri costemer abang.bukan aku tak teringin join.tapi aku malas sangat sangat..

kemarin aku ikut abang dan fatin pi kenduri akikah anak tyson kawan kai.banyak macam selalu aku makan.cukup bersemangat.lupa sat bab diet tu..

hari ni pagi ni..bangun dengan malasnya.nak pi berniaga.nasib lah aku keja sendiri.kalau keja dengan orang.aku tak tau lah tinggi mana level malas aku tuh.

kemarin kalau ikutkan.aku dan mak dah stat niaga tapi memandangkan semua orang cuti buruh.kami pun join sekaki.aku tau bukan setakat aku saja yang tak larat nak berniaga tapi mak pun turut terasa.

aku amat berharap.dalam masa terdekat ni.mak dapat pekeja 2 orang yang rajin dan baik.aku berharap dan terlalu berharap sangat.
ohh malasnya nak pi keja..perut aku plak macam buat masalah ja ni.aduii..

kan syok kalau mangkit pagi ni.sarapan sambil layan tv rancangan syok syok kat astro * macam lah ada astro *

plan aku nak pasang astro tapi memandangkan kami banyak bekerja di luaq.sapa yang nak layan siaran astro tu.aku masih dok pikiaq lagi ni.macam nak pasang wifi pun ada jugak.tapi aku belum stat niaga online lagi.rasa terbeban nak bayar bil plak dah nanti.

sekian berita tamat

May 1, 2018

cuti hari ke 5

aku tengah menaip entri sambil makan keropok roda yang kakina beli...

hari ni hari ke 5 aku cuti.ohh syoknya tapi jadi malas untuk berkerja esok.silap silap mak nak cuti lagi.

sepatutnya masa ni aku dok menjamu selera di rumah kenduri.mungkin sedang mencedok gulai tak pun memilih isi daging.

aku sebenaqnya memang sukakan kenduri.selalu dok tunggu saja kenduri dalam kampung aku ni.sebab aku suka makan nasi kenduri.tapi yang paling tak bestnya.kalau terjumpa orang kampung...makcik bawang.ya lah aku kan andartu. * ahh lantak hampa lah nak gosip apa pasai aku pun.ada aku kesah sangat kah? * yang aku kesah berkenan menu kat tempat kenduri.

macam aku pernah kongsi cerita kat entri dulu.aku suka makan nasi kenduri dekat kampung aku ni.kenduri tu nasi dia memang sedap gila.aku memang tak boleh lupa sampai bila bila.dengar cerita dari anak tuan rumah.mak ayah dia yang masak sendiri.mak ayah dia memang buat katering.

kalaulah satgi kenduri rumah tyson kawan kai masak sedap macam tu.aku rasa nak makan tambah..hehehe.tapi tu lah yang kai pun.la ni tak mangkit lagi hemm.aku dok tertunggu tunggu dari tengah hari tadi.aku dah siap iron baju dan tudung bawal crepe.

ohh ootd aku untuk pi kenduri akikah anak tyson.aku memilih memakai bawal crepe warna koko dan baju muslimah kesukaan aku masa belajaq di giatmara.aku mix skirt warna hitam kosong bercorak bunga warna sama juga warna hitam yang di beli dekat bundle mf mart kulim satu ketika dulu.

sebenaqnya aku cari skirt bundle yang tanah warna hitam.bunga emas kehijauan tu tapi baru aku teringat aku tertinggal kat kl.sebab aku pakai masa kenduri anak menakan aku kahwin.

aku lebih suka yang tertinggal di kl tu sebab dia ada corak bunga yang cantik.nampak klasik.aku beli masa tu bulan posa kot.aku beli untuk aku pakai di pagi raya 2017.aku mix dengan blaus punjabi hijau lumut yang aku jahit sendiri.

tahun ni rasanya tak larat nak jahit sendiri sebab aku niaga.balik rumah dah letih.dengan cuaca yang panas lagi lah bertambah letih.

baru baru ni aku shopping kat bundle yang sama..mf mart di kulim yang aku jumpa 2 lai skirt..1 warna hitam kosong bercorak bunga yang sama warna hitam dan skirt berbunga emas kehijauan ala klasik.

tapi kali ni aku cari skirt mori.ada juga aku jumpa tapi tak cantik sangat.baju pun aku cari ala mori tapi semuanya tak menarik minat aku.

alaaa lapaqnya..bila dapat makan nasi kenduri ni..

sekian berita tamat