nuffnang ads

May 27, 2017

ramadhan pertama 2017

masa ni aku lepak kat ruang tamu.tunggu nak solat zohor.

esok 28/5/2017 umur aku dan kembar aku dah masuk 32 tahun.kembar aku tak balik rumah pun.
aku rindu sangat kat dia.
aku harap sangat kali ni dia balik dok di kampung terus.boleh keja sama sama.
kami boleh rapat macam masa zaman kanak kanak dulu.
semoga hati dia berubah...

dah la aku nak pi solat.pastu cuci kain alas kaki.pastu nak bahagi pakaian nak derma kat orang miskin.
hari posa pertama.terbayang macam macam menu.
buat taktau ja malas nak layan perasaan ni oi.

sekian berita tamat

Apr 3, 2017

cara seorang ayah jaga anaknya

https://youtu.be/L6OHfDIGyiM

Mar 11, 2017

kenduri kahwin

masa ni aku lepak dengan kakina kat depan..
mak lepak dalam bilik..
abang tengok berita..

hari ni aku mak dan kakina pi kenduri rumah cik esah.anak dia kawin.
makanan kenduri semua sedap sedap.paling aku suka asaq asam tapi yang tu mak kata kerabu bukan ayaq asam.
tah la yang aku tau yang tu paling aku suka.selain tu ada menu.samah daging.gulai ayam.gulai ikan masin.acar buah.
menu lain.air oren.air anggur.teh tarik fuh sedap.bubur kacang.tapai.pulut kacau.agar agar sirap.
fuhh kenyang..

dalam banyak banyak kenduri.aku suka menu kenduri kawin kakina dulu.pastu menu kenduri abang ok la juga.menu kenduri siti adik angkat aku pun sedap.gulai batang pisang.
tapi..
paling aku tak bleh lupa menu kenduri adik suhada hitam (nama gelaran di kampung aku)
kenduri adik dia punya lah sedap.rasanya katering gotong royong kampung aku kot.tapi sayang sebab aku makan skit ja.
ruginya..kalau dapat ulang balik hari tu.aku nak sangat makan sepuas hati aku.
aku makan skit ja sebab ada 2 kenduri.nanti nak makan kenduri 1 lagi dah tak bleh telan pulak lagi la rugi.
tiap kali kenduri.aku suka kenduri dalam kampung sebab selalunya menu depa puas hati.
kalau dalam dewan menu bleh tahan ja..siap sakit perut lagi tu.

sekian berita tamat

Feb 27, 2017

ice cream vanila

memandangkan masa ni aku makan ais krim vanila.
aku nak cerita kisah aku masuk wad dan ada apa kaitan dengan ais krim vanila ni.

3/11/2016
tarikh ni aku kena check in wad sebab 4/11 aku dah kena bedah buang total tyroid aku ni.
pagi pagi lagi mak hantar aku masuk wad sementara kata nurse lah.tapi aku tengok.sampai ke petang aku dok situ.dah lah bosan pastu siap dapat uniform wad jenis kain pulak.rimas lah.
aku pun tak cakap lah nak seluaq.
ingatkan macam wad bukit mertajam.
depa bagi seluaq.
sepanjang hari tu banyak plak doktor mai temuramah aku.siasat itu ini.
naik rimas plak aku.
malam tu paah teman aku.kesian paah kembaq aku tu.
tengah malam masa aku syok syok tidoq.mai plak nurse masuk wad aku.dia mai cucuk jarum untuk masuk air.
rimas lah aku tapi kena tahan demi tyroid.

ke esokkan hari
4/11/2016
pagi pagi lagi nurse dok kalut bagi uniform biru gelap untuk bedah kat aku.aku pun salin lah baju tu.
mula tu depa kata nak bedah blah pagi tapi tunggu sampai lepas solat jumaat baru bedah aku.
masa otw masuk wad bedah.aku sebenaqnya takut.
tapi aku buat relaks ja lah.sebenaqnya dalam hati ni hanya tuhan yang tau bertapa risaunya aku.
tapi lepas aku bedah rasa lega sangat.
wad aku plak bertukaq tukaq untuk nurse senang nak pantau.
masa aku dah stabil.aku kena pindah wad biasa.
masa tu aku dah dapat makan macam biasa dah.pastu yang peliknya dalam banyak banyak orang.
aku sorang ja yang dapat ais krim vanila.
aku sangka memang menu hari tu macam tu.rupanya bukan.
semua orang tengok aku.muka depa macam jeles ja hehee sebab dalam ramai ramai.aku sorang ja dapat ais krim.
aku tengok orang lain semua tua.aku paling muda tapi takkan sebab tu aku dapat ais krim.
kalau kanak kanak lain lah kan.
ke esokkan hari pun menu aku mesti ada ais krim vanila.
bila nurse jerit jerit happy tengok ais krim aku tu..nurse tu semua kata..wahh ais krim...
masa tu aku dah tau dah.tu ais krim aku.
hehee
bila aku terdengaq doktor sembang pasal aku kena makan ais krim vanila untuk kebaikkan lepas bedah tyroid aku ni.baru aku faham kenapa aku sorang yang dapat ais krim tapi bukan orang lain.
hampir seminggu aku dok wad.mula tu bosan tapi bila dapat kawan boleh sembang aku tak bosan dah.
ida.tini.yati.anis pun mai tengok aku.
tak lah sunyi sangat.
tapi bila dapat balik dok rumah.rasa lega lah skit.

lebih kurang 3 bulan kot aku berpantang.sambil makan ais krim vanila.tiap kali makan mesti terkenang kenangan dok dalam wad.
ada kawan 1 wad dengan aku tu.dah meninggal.
moga roh mereka tenang di sana.

sekian berita tamat

petang ini hujan

masa ni hujan rintik rintik.kakina tidoq.abang kat dapuq baru lepas makan.mak main tab dia.kai keluaq beli barang handphone dia.
aku plak..berangan nak makan menu macam kat cameron.

bosan plak lepak kat rumah.tak nega lama gak lah.mak pun ada hal.
esok plak aku kena pi sepital macam besa.ambik result darah X MEN aku tu lah.. * hahaa x men pulak dah *
masa aku tengah taip blog.tiba tiba ada orang call aku.
orang tu adalah ida kawan lama masa keja kilang amphenol penang.
dia bagitau aku pasal maklong dia yang aku sembang dulu tu masa aku masuk wad.maklong tu dah meninggal 2 minggu lepas.
tak pasti meninggal sebab apa.mungkin dah ajal dia.
moga rohnya tenang di sana.
oo aku tak cerita lagi rasanya kes aku masuk wad bedah tyroid apa semua tu lagi kan.sat aku buat entry lain.

sekian berita tamat

Feb 19, 2017

pencuci muka pilihan aku

masa ni dok layan cerita rock bro dengan kakina.dah banyak kali tengok tak bosan bosan..

cerita pasal pencuci muka plak tiba tiba nih.takpa aku taip ja lah noh.
pencuci muka pertama aku.masa zaman sekolah.seingat aku lah.clean&clear mak punya.aku pakai yang trial set.ok gak rasa bersih dan lembut ja muka.
tapi lepas brand cnc.banyak gak aku bertukar pencuci muka.rasa teringin nak cuba yang lain.
zaman keja plak muka aku semakin berminyak.aku cari yang sesuai dengan muka.lama juga lah nak jumpa yang serasi.
aku dah malas cari.pastu aku pakai cnc balik.syukur muka aku dah normal dan tak berminyak lagi tapi...
muka aku kering pulak dah siap whitehead pun banyak buat aku stress ja.
aku selalu dengar kawan kawan aku kata safi ok.tapi aku tak pernah pun nak cuba.
bila safi manggis muncul.aku rasa teringin nak try tapi susah nak jumpa sebab cepat abis.
pertama kali aku guna masa dok rumah kembar aku kat kl.rasa syok gila.lepas cuci muka rasa bersih lembut dan muka aku tak kering lagi.
bila susah nak jumpa safi manggis.aku mula lah tukar banyak jenis pencuci muka.
tapi aku dah stress nak cari.aku berbalik kat safi manggis lagi.dah malas nak cari yang paling ok.dapat yang ok skit pun dah syukur dah.

sekian berita tamat

Feb 16, 2017

perbezaan pelembap muka

masa ni aku lepak dalam bilik dengan mak dan kakina.dok bincang pasal bisnes kerepek.kacang.muruku...

seingat aku pelembap muka pertama aku dulu brand clean&clear.masa tu pelembap cnc lebih kurang pelembap safi natural lidah buaya.syok ja pakai.muka jadi lembut dan licin.tapi lambat gak serap.
masa aku pakai tu zaman remaja.sekolah lagi.try pakai pun yang mak punya.

bila dah keja sendiri.aku malas nak pakai.entah kenapa.mungkin takdak kesedaran lagi nak jaga muka.dok sibuk cari duit.
pelembap ke dua aku.aku pilih safi natural lidah buaya.aku beli dekat jimat mini market penanti.mula mula pakai memang syok gila.
cepat serap.tak berminyak.sejuk.muka pun lembut.

tapi tiba tiba pelembap muka aku tu hilang entah ke mana tah.
aku pun malas dan takda masa nak beli.lama plak aku tinggai pelembap muka.aku terlupa nak pakai.malas tu mula menghantui hidup aku.
bila tiba masa muka aku kering baru lah rasa nak pakai pelembap.
saja syok syok google pelembap cnc sebab kononnya nak pakai sama brand dengan pencuci muka cnc lah.
bila dah beli terus pakai.
lambat skit nak serap.tak berminyak tapi rasa berat.
tak sama dengan safi.bukan nak banding bandingkan.cuma mungkin tak sesuai dengan kulit aku ni.
sebab tu lah aku tekat bertukaq balik produk muka aku guna safi.
rasa serasi.mungkin sebab bahan semulajadi sebab tu serasi dengan aku.
tadi aku singgah watsons summit.aku beli pelembap dan krim muka safi natural.
sebelum tu aku test skit.syok dia masih sama macam dulu.
la ni safi natural tetap di hati walaupun lambat nampak kesan tapi selamat.
malas dah nak tukaq brand lain

sekian berita tamat